seismik

Jom Kenali Semua Pemain Negara Yang Beraksi Dalam Badminton Asia Team Championship 2022

Malaysia boleh!

Cover image via Stadium Astro , BAM , The Vibes

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini telah berlangsungnya Kejohanan Badminton Asia Berpasukan 2022 yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam, Selangor, bermula dari 15 hingga 20 Februari 2022

Sudah tentu, pasukan negara menjadi antara pasukan kegemaran kerana pemain-pemain kita yang semakin bagus.

Tekanan juga pasti terasa kerana membawa nama Malaysia dan berhasrat untuk memenangi perlawanan ini.

Namun, tahukah anda siapa yang akan mewakili Malaysia untuk pertandingan kali ini? Jom kita lihat antara pemain yang bertanding dalam perlawanan berkenaan yang telah dikongsikan oleh pengguna Twitter ini.

Kategori perseorangan lelaki :

1. Lee Zii Jia

Image via Hype

Umur: 24 tahun

Ranking dunia: 7

Ranking tertinggi: 7

Pencapaian terbaik: 2 Kejuaraan BWF World Tour

(Terbuka Taiwan 2018, All England 2021)

2. Ng Tze Yong

Image via Stadium Astro

Umur: 22 tahun

Ranking dunia: 47

Ranking tertinggi: 47

Pencapaian terbaik: 4 kejuaraan International Challenge/Series

(South Australia International 2019, Terbuka Poland 2021, Belgian International 2021 dan Terbuka Scotland 2021)

3. Aidil Sholeh

Image via Berita Harian

Umur: 22 tahun

Ranking dunia: 111

Ranking tertinggi: 104

Pencapaian terbaik: Naib juara International Series

(Terbuka Hellas 2019)

4. Leong Jun Hao

Image via Berita Harian

Umur: 23 tahun

Ranking dunia: 126

Ranking tertinggi: 66

Pencapaian terbaik: Naib juara BWF World Tour

(Thailand Masters 2018)

5. Lim Chong King

Umur: 22 tahun

Ranking dunia: 166

Ranking tertinggi: 149

Pencapaian terbaik: Juara International Series

(Terbuka Hellas 2019)

6. Kok Jing Hong

Image via Stadium Astro

Umur: 20 tahun

Ranking dunia: 235

Ranking tertinggi: 235

Pencapaian terbaik: Juara Terbuka Sweden 2022

Kategori perseorangan wanita :

1. S Kisona

Umur: 24 tahun

Ranking dunia: 64

Ranking tertinggi: 53

Pencapaian terbaik: Tempat ketiga Sudirman Cup 2021

2. Eoon Qi Xuan

Image via Harian Metro

Umur: 22 tahun

Ranking dunia: 126

Ranking tertinggi: 118

Pencapaian terbaik: Tempat ketiga Sudirman Cup 2021

3. Siti Nurshuhaini

Image via Berita Harian

Umur: 18 tahun

Ranking dunia: 302

Ranking tertinggi: 269

Pencapaian terbaik: Naib juara International Series (Terbuka Czech 2021)

4. Myisha Mohd Khairul

Image via BAM

Umur: 20 tahun

Ranking dunia: 369

Ranking tertinggi: 364

5. Tan Zhing Yi

Image via BAM

Umur: 19 tahun

Ranking dunia: 1484 (perseorangan), 856 (beregu)

Ranking tertinggi: 1443 (perseorangan), 611 (beregu)

Kategori beregu lelaki :

1. Aaron Chia & Soh Wooi Yik

Image via First Classe

Umur: Aaron (25), Wooi Yik (24)

Ranking dunia: 7

Ranking tertinggi: 6

Pencapaian terbaik: Pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 Tokyo

2. Goh Sze Fei & Nur Izzuddin

Image via Berita Harian

Umur: Kedua-duanya 25 tahun

Ranking dunia: 17

Ranking tertinggi: 17

Pencapaian terbaik: Naib juara BATC 2020 Manila

3. Man Wei Chong & Tee Kai Wun

Image via Cakap Sukan

Umur: Wei Chong (23), Kai Wun (22)

Ranking dunia: 45

Ranking tertinggi: 45

Pencapaian terbaik: Tempat ketiga Sudirman Cup 2021

Kategori beregu wanita :

1. Pearly Tan & M. Thinaah

Image via Bernama

Umur: Pearly Tan (22), Thinaah (24)

Ranking dunia: 16

Ranking tertinggi: 16

Pencapaian terbaik: Juara BWF World Tour (Terbuka Swiss 2021)

2. Teoh Mei Xing & Anna Cheong

Image via Harian Metro

Umur: Mei Xing (25), Anna (24)

Ranking dunia: 81

Ranking tertinggi: 67

Pencapaian terbaik: Juara BWF World Tour (Syed Modi International 2022)

3. Valeree Siow & Low Yuan Yeen

Image via Harian Metro

Umur: Kedua-duanya 20 tahun

Ranking semasa: 90

Ranking tertinggi: 90

Pencapaian terbaik: Juara International Challenge/Series (tiga kali)

Selamat maju jaya kepada semua pemain negara. Malaysia boleh! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: