Apa Benda Sebenarnya 'PujiMak' Ni? Bunyi Macam...
Sebut kasi betul.
Baru-baru ini, ramai yang telah kongsikan gambar dan juga video kempen yang berjudul 'Puk*mak' ini di laman sosial terutamanya di Facebook
Jika anda masih tidak pernah dengar tentang kempen ini, anda WAJIB tonton video kempen ini sebelum anda teruskan membaca:
Bunyinya memang kasar, tapi sebenarnya kempen ini membawa mesej tersirat yang positif
Kempen PujiMak ini telah dilancarkan oleh syarikat agensi kreatif Leo Burnett bersempena Hari Ibu yang lalu.
Seperti yang anda semua tahu, perkataan puk*mak sering digunakan oleh rakyat Malaysia untuk mencarut dan juga membawa makna yang tidak elok. Oleh itu, agensi kreatif Leo Burnett telah pun mengambil inisiatif untuk mengubah budaya ini ke arah yang lebih positif.
Menurut mereka, tujuan kempen ini diadakan adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan perkatan yang elok.
Bak kata Pujimak, mulakan memberi pujian bukan kata-kata makian
Video ini telah berjaya mencuri perhatian rakyat Malaysia disebabkan oleh nama kempen yang diberi. Video tersebut juga telah dikongsi sebanyak 2,579 kali dan mendapat lebih daripada 231 ribu tontonan.
Menurut Iska Hashim, selaku direktor agensi kreatif di Leo Burnett, kempen ini dilancarkan untuk mengubah budaya masyarakat Malaysia dalam menggunakan bahasa ke arah yang lebih positif.
"Kami mengambil inisiatif ini kerana kami suka melihat masyarakat Malaysia meraikan pengorbanan para ibu setiap tahun sewaktu Hari Ibu. Tetapi, kami terfikir mengapa kita hanya meraikan para ibu setahun sekali dan bukan pada setiap hari? Oleh itu, kami telah mendapat idea dengan menggabungkan perkataan yang digemari oleh masyarakat Malaysia iaitu Puk*mak kepada Pujimak dengan tujuan untuk menghormati dan menghargai pengorbanan mereka setiap hari," katanya lagi.
Sejak dari hari pelancaran, laman Facebook PujiMak ini telah mengumpul sebanyak lebih 600 ribu followers.