Jumpa Duit Yang Dicuri, Pemilik Kedai Terkejut Dapat Surat Maaf Daripada Bekas Pekerja
Pekerja itu pernah terdesak dan mencuri duit.
Bekerja sebagai cashier sudah tentu perlukan sifat kejujuran
Hal ini disebabkan ia memikul tanggungjawab yang besar kepada pemilik kedai. Mereka perlu memastikan duit yang diterima cukup dan tidak kurang.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Facebook yang memaparkan seorang pemilik kedai menjumpai sejumlah wang dan surat maaf telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Bekas pekerja pernah curi duit kedai
Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang pemilik kedai menerima surat maaf yang ditulis oleh bekas pekerjanya.
Dipercayai bahawa bekas pekerja pernah mencuri duit semasa bekerja sebagai cashier dulunya. Dia kini dilihat memulangkan kembali duit yang pernah dicuri suatu ketika dulu.
Lihat gambar di bawah:
"SubhanAllah jujur tu suatu yang sangat dikagumi." - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 334 tanda suka, 58 komen dan 11 kongsi di Facebook, rata-rata netizen memuji sikap jujur bekas pekerja itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!