seismik

Kalau Anda Ada Adik-Beradik, Tentu Anda Faham 13 Perkara Ini

"Air dicincang tidak akan putus".

Cover image via imgur.com

1. Tak mungkin akan ada situasi di mana adik-beradik takkan sengaja cari pasal dengan satu sama lain

Image via tumblr.com

2. Berebut baju itu memang rutin harian...

Image via buzzfed.com

3. ...begitu juga dengan bilik air setiap pagi

Image via youtube.com

4. Tiada siapa boleh buli kita kecuali mereka

Image via tumblr.com

Kalau ada orang buli kita, mereka akan jaga kita tak kira apa pun.

5. Takkan bosan bila dalam kereta sebab ada saja benda yang nak diusik dan nak digaduhkan

Image via tumblr.com

6. Mesti ada pertandingan siapa yang dapat perhatian lebih

Image via tumblr.com

7. Walaupun ada masa bergaduh, bila nak mengadu sesuatu mesti akan cari adik-beradik juga

Image via tumblr.com

8. Tak payah cakap apa-apa, guna bahasa badan pun dah boleh faham satu sama lain

Image via tumblr.com

9. Kawan-kawan bagi pandangan pelik atau the look sebab tak pernah dengar anda dipanggil dengan nama timangan

Image via tumblr.com

Dan nama timangan itu diberi oleh adik-beradik kita sendiri. Sebab itulah bunyinya pelik dan hanya mereka tahu kenapa nama itu diberi.

10. Adik-beradik jugalah antara yang paling jujur

Image via tumblr.com

Mereka adalah orang yang paling jujur dengan kita. Mereka akan tegur kalau badan kita dah mula berisi atau tanya "Betul ke nak pakai tu?" bila kita pakai sesuatu dan kita terus akan rasa nak tukar baju.

11. Mereka mengenali kita lebih daripada orang lain

Image via tumblr.com

Mereka tahu apa yang kita suka atau tak suka.

12. Gaduh tetap gaduh tapi tetap risaukan keselamatan kita

Image via youtube.com

Kalau tengok kita cedera, mereka akan terus lari datang untuk pastikan kita tak apa-apa.

13. Akhir sekali, adik-beradik tetap akan jaga satu sama lain

Image via tumblr.com

Kalau kita dalam masalah, merekalah orang pertama yang akan ada di sisi kita selepas ibu bapa.

Kepada golongan yang dah berumah tangga, kami pasti anda faham dengan situasi dimana ibu bapa bertanya pelbagai soalan "panas" sebelum memberi restu mereka. LIHAT SINI:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: