Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Didera Dan Diserang Secara Seksual Di Rumah Pengasuh Di PJ

Balik-balik kes begini, tak tau nak cakap apa dah.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai telah didera dan diserang secara seksual

Image via DivorceMinistry

Kejadian mengerikan ini berlaku di Petaling Jaya di mana seorang ibu menghantar anak perempuannya ke sebuah pusat asuhan.

Menurut laporan, kanak-kanak yang dikenali dengan nama Rania ini meninggal dunia dipercayai telah didera dan diserang secara seksual empat jam selepas dihantar ke rumah pengasuhnya di Seksyen 51A pada hari Selasa lalu.

Difahamkan, ibu mangsa yang bekerja sebagai juruwang telah menghantar Rania ke rumah pengasuh di flat Impian Baiduri pada jam 1 petang dalam keadaan yang sihat. Namun, beberapa jam kemudian, pengasuh telah menghubungi si ibu dan memaklumkan bahwa anaknya tidak sihat, lemah dan asyik muntah-muntah.

"Ibu mangsa mengambil mangsa ketika beliau sudah dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah pengasuh pada 4 petang sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan."

Selepas menerima panggilan dari pengasuhnya, si ibu telah datang pada pukul 4 petang untuk mengambil anaknya tetapi waktu itu mereka mendapati si kecil itu tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke bahagian kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM).

Doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia tepat pada jam 5.40 petang.Menurut laporan daripada pihak polis, doktor telah menemui kesan koyakan di bahagian kemaluan mangsa tersebut. Terdapat juga banyak lebam dan luka di anggota badan Rania. Berdasarkan siasatan doktor, lebam yang terdapat pada badannya itu dilihat seperti suatu bentuk objek yang keras.

Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh

Menurut Mohd Zani, 4 orang suspek telah ditahan termasuklah ibu mangsa dan teman lelaki kepada ibu mangsa. Pembedahan siasat yang awal telah menunjukkan bahawa Rania mengalami kecederaan di bahagian perut dan seluruh anggota badan termasuklah di bahagian kemaluannya.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan. Kami telah menahan ibu mangsa, teman lelakinya, pengasuh dan juga suami pengasuh untuk mendapatkan maklumat dari mereka bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment