Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia 2026 Bakal Gegar Stadium Batu Kawan Pulau Pinang

Penganjuran acara dwi-tahunan ini bertujuan menghimpunkan pemilik PKS, persatuan industri, serta komuniti usahawan dari seluruh negara pada 26 & 27 September ini.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) 2026 bakal mengadakan edisi julung kalinya di Pulau Pinang pada 26 dan 27 September ini bertempat di Stadium Batu Kawan

Penganjuran acara dwi-tahunan ini bertujuan menghimpunkan pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS), persatuan industri, serta komuniti usahawan dari seluruh negara bagi menyertai pelbagai sesi perbincangan panel, perbentangan perniagaan secara terus (pitching) dan aktiviti jalinan hubungan (networking).

Acara ini dianjurkan oleh Monie, sebuah jenama di bawah naungan Foodie Media Berhad, bersama rakan penganjur Spire Digital serta dengan kerjasama rasmi Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

SAYS.com
Image via Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia 2026

Sepanjang dua hari penganjuran, KHPM 2026 menyusun pelbagai pengisian pentas yang disampaikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Ia merangkumi sesi perbincangan panel berdurasi 45 minit bersama wakil persatuan dan pakar industri, serta sesi perkongsian individu selama 30 minit daripada pengasas perniagaan pelbagai sektor merangkumi perkhidmatan makanan dan minuman (F&B), perniagaan digital, kecantikan, dan teknologi.

Program ini turut mendapat sokongan penuh serta penglibatan pelbagai agensi dan persatuan di bawah rangka kerja Program Hebatkan Perniagaan Malaysia, seperti INSKEN, IKMa, TEKUN Nasional, SME Bank, AIM, SKM, Bank Rakyat, BPHV, UDA Holdings, SME Corp. Malaysia, BDHA dan BPES.

Bagi mengimbangi pengisian perniagaan dan gaya hidup, karnival ini turut menyediakan sesi fireside bersama pengasas syarikat pada waktu senja, majlis perasmian rasmi, sesi lawatan mesra, bengkel interaktif, cabutan bertuah dan konsert penutup bagi memeriahkan suasana perhimpunan usahawan tempatan.

SAYS.com
Image via Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia 2026Image via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: