Karnival Mega JPJ Madani Di Batu Kawan Tawar Helmet Percuma & Diskaun Nombor Plat

Sempena sambutan ulang tahun ke-80 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), orang ramai bakal berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik menerusi penganjuran Karnival Mega JPJ Madani yang akan berlangsung di Pulau Pinang.

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Berlangsung di Batu Kawan dari 24 April hingga 26 April 2026

Acara hasil kerjasama strategik antara JPJ dan Media Prima Berhad itu dijadualkan berlangsung selama tiga hari dan menawarkan pelbagai inisiatif khas kepada pengunjung.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, pelbagai aktiviti disediakan sepanjang tiga hari penganjuran program tersebut.

5,000 helmet percuma untuk pengunjung

Antara tarikan utama yang diumumkan ialah program pertukaran topi keledar lama kepada helmet baharu secara percuma.

"Sebanyak 5,000 topi keledar akan diberikan secara percuma kepada pengunjung yang hadir dengan membawa topi keledar lama," katanya.

Diskaun 50% nombor pendaftaran

JPJ turut menawarkan jualan nombor pendaftaran kenderaan dengan potongan harga sehingga 50 peratus.

Datuk Aedy Fadly berkata, hampir 50,000 nombor pendaftaran akan ditawarkan kepada pengunjung sepanjang karnival berlangsung.

Pameran EV & program advokasi

Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai program advokasi keselamatan jalan raya serta melihat pameran kenderaan elektrik (EV).

Katanya, pelbagai lagi aktiviti menarik turut disediakan sepanjang acara berlangsung.

JPJ perkasa penguatkuasaan dengan teknologi moden

Dalam perkembangan sama, JPJ memaklumkan pihaknya terus memperkukuh penguatkuasaan dengan penggunaan dron dan sistem Automatic Number Plate Recognition (ANPR).

Langkah itu antara usaha berterusan bagi membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

Bagi orang ramai di Pulau Pinang dan kawasan sekitar, karnival ini boleh dijadikan destinasi hujung minggu sambil mendapatkan pelbagai manfaat yang ditawarkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS