Kedai Mesra PETRONAS Diberi Nafas Baru & Ini Antara Pembaharuan Yang Diperkenalkan. Wah!
Nice nice.
Setiap orang pasti tahu Kedai Mesra di stesen minyak PETRONAS bukan?
Ala, hentian kalau selalu digunakan untuk topup Touch ‘n’ Go dan beli makanan atau minuman kalau tiba-tiba lapar atas jalan tu. Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini Kedai Mesra telah dikemaskini supaya dapat memberikan pengalaman mudah dan lancar buat pelanggannya.
Apa antara yang dikemaskini itu? Haa, kalau anda tonton Melodi pada 24 November lalu di TV3, Ketua Pegawai Operasi, PETRONAS Dagangan Berhad, Aadrin Azly ada berkongsi beberapa pembaharuan dan servis baharu yang diperkenalkan di Kedai Mesra PETRONAS.
Kalau terlepas, tak apa. Kami kongsikan serba sedikit apa yang dikongsikan Aadrin sebab team kami pun ada di sana masa sesi rakaman Melodi di PETRONAS Jalan Kolam Air Lama, Ampang!
Buka 300 cawangan Tealive & sudut Makan @ Mesra!
Macam yang anda tahu, rakyat Malaysia memang suka makan. Sebab itu PETRONAS wujudkan sudut Makan @ Mesra yang menyediakan pelbagai pilihan makanan popular Malaysia seperti nasi lemak, nasi goreng, pasta, satay, chicken chop, ramen Korea dan makanan ringan seperti kuih tempatan, karipap serta sandwich.
Buat yang nak tunggu kesesakan lalu lintas reda atau tergesa-gesa untuk ke tempat kerja atau mesyuarat, boleh dapatkan food-to-go di sudut Makan @ Mesra ini ketika mengisi minyak. Bukan itu sahaja, PETRONAS turut berhasrat untuk membuka lebih banyak kiosk Tealive dalam Kedai Mesra buat pencinta bubble tea!
Setakat ini, kami mempunyai kira-kira 76 Kedai Mesra yang menawarkan minuman Tealive. Dalam masa 3 tahun, kami merancang untuk mempunyai 300 cawangan Tealive di Kedai Mesra seluruh negara,”
Diskaun istimewa untuk barangan eksklusif PETRONAS
Selain daripada makanan dan minuman, anda juga boleh dapatkan produk atau barangan eksklusif PETRONAS yang popular kalangan peminatnya. Pelbagai produk dengan rekaan menarik termasuklah baju-T, bekas minuman, payung, gelang tangan dan cermin mata hitam boleh didapati di Kedai Mesra pada harga berpatutan.
Malah, kata Aadrin, tak lama lagi PETRONAS akan mengeluarkan rekaan baju-T eksklusif Kejuaraan Dunia kali ke-6 sempena kemenangan 6 kali berturut-turut Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport F1 Team.
“Sempena meraikan kemenangan ini juga, kami akan menawarkan diskaun sebanyak RM6 untuk baju-T eksklusif ini daripada harga asal iaitu RM25. Untuk mendapatkan diskaun tersebut, pelanggan hanya perlu membuat pembelian minyak sekurang-kurangnya RM30 bermula 1 hingga 31 Januari 2020,” kata Aadrin.
Tak perlu lagi ke kaunter pembayaran setiap kali nak isi minyak, guna aplikasi Setel je!
Jenuh kan tiap kali kita nak isi minyak kena pergi kaunter?
Sekarang, tidak lagi kerana PETRONAS memperkenalkan aplikasi mudah alih, Setel. Ia adalah aplikasi e-pembayaran pertama Malaysia untuk pembayaran minyak secara langsung daripada telefon mudah alih. Tak perlu tinggal anak dalam kereta dan beratur di kaunter lagi. Jimat masa!
Malah, PETRONAS juga baru menambahbaik aplikasi Setel yang mana anda boleh link kad Mesra supaya dapat menebus mata ganjaran untuk setiap pembayaran minyak menerusi Setel. Anda juga boleh track perbelanjaan minyak dengan mudah selain melihat harga minyak terkini di dalam Setel dan mendapatkan penyata ringkas pembelian minyak bulanan melalui e-mel.
Hebat betul aplikasi ini!
Rasai kecekapan, kepantasan dan kelancaran dengan minyak baharu PETRONAS!
Selain itu, anda juga boleh dapatkan minyak PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive yang baru dilancarkan awal Januari tahun ini di mana-mana stesen PETRONAS berdekatan. Menurut Aadrin, pihaknya banyak menerima maklum balas positif daripada pelanggan bahawa minyak berkenaan sangat lancar, responsif dan cekap.
Katanya, selepas menganjurkan beberapa siri Experience To Believe dengan pelbagai pemilik kereta berlainan jenama, 90% daripada responden bersetuju ia memberi perbezaan positif dari segi kelancaran, kepantasan gerakbalas dan kecekapan minyak.
“Kami mengambil masa selama 2 tahun untuk membangunkan formulasi minyak baharu ini untuk memastikan ia memenuhi keperluan pemandu dan enjin kereta. Minyak ini menonjolkan dua pengubah suai geseran (Dual Friction Modifier) pertama dunia, agen pencuci dengan dua detergen (Double Detergent) dan bahan kimia anti-karat, minyak baharu ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar, responsif dan cekap,” jelas Aadrin.
Fuh, macam-macam PETRONAS tawarkan di Kedai Mesra dan stesen minyak mereka sekarang bukan?
Diharapkan mereka akan menambah pelbagai lagi kemudahan dan servis dari semasa ke semasa supaya pelanggan makin seronok serta selesa setiap kali singgah di PETRONAS.
Tunggu apa lagi? Jom ke stesen PETRONAS berdekatan untuk menikmati pelbagai kemudahan dan servis yang ditawarkan sama ada di stesen minyak atau Kedai Mesra. Hati-hati memandu!
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.