seismik

Kejam! Bapa Cucuh Api Rokok Dan Toreh Kulit Anak Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri

Sanggup dera anak sendiri tanpa belas kasihan.

Cover image via Sinar Harian

Seorang kanak-kanak lapan tahun melalui penderitaan yang amat dahsyat apabila didera oleh bapa kandungnya sendiri Sabtu lalu

Selepas bapanya berpisah dengan ibunya sejak tiga bulan lalu, mangsa, Khairunnisa Mohd Safizam menjadi tempat untuk melepaskan kemarahan, lapor Sinar Harian.

Dia dicucuh dengan api rokok, malah kulitnya turut ditoreh dengan pisau.

Difahamkan, bapanya mahu merujuk semula dengan ibunya namun permintaannya itu ditolak sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati.

Selain didera, kanak-kanak itu juga dibiarkan kelaparan dan tidak diberi makan

Image via Sinar Harian

Dia turut tidak dihantar ke sekolah sejak sebulan lalu dan kini mengalami trauma kerana sering didera dengan kejam.

Ibunya, Nurul Hazwani Shahferi, 27, berkata, setelah berpisah dengan suaminya sejak tiga bulan lalu, Khairunnisa dan anak keduanya tinggal bersama lelaki itu.

“Kerana hajatnya tidak dituruti, dia sanggup mendera anaknya sendiri tanpa belas kasihan dan mengugut akan cederakan anak, jika saya terus berdegil,” katanya.

Menurutnya lagi, Khairunnisa menjadi mangsa dera hanya kerana mereka berdua mempunyai wajah seiras

“Sebelum ini bekas suami tidak pernah bertindak demikian dan hanya lepaskan marah dan tidak pernah pukul anak.

"Namun selepas bercerai, dia bertindak agresif kerana anak sulung, Khairunnisa mempunyai wajah seiras saya," katanya lagi kepada Sinar Harian.

Tidak tahan dengan perbuatan melampau bekas suami, Nurul Hazwani bertindak membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian.

Kemudian, dia terus ke rumah lelaki itu bersama pihak polis untuk mengambil Khairunnisa.

“Memang perbuatannya melampau! Kerana marahkan saya dia sanggup dera anak sendiri. Di mana kasih sayang seorang ayah kepada anak? Sanggup memperlakukan anak kandung sedemikan rupa.

“Apapun saya serahkan kes ini kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” tegas Nurul Hazwani.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, Ismail Mat Sidik mengesahkan menerima laporan dan menurutnya suspek ditahan reman dan kes disiasat untuk tindakan susulan.

Lihat video di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Mengucap panjang bila baca tentang kes-kes zaman sekarang:

You may be interested in: