seismik

"Kerja Boleh Cari, Mak Tiada Ganti" - Lelaki Berhenti Kerja Offshore Demi Jaga Ibu Sakit

Tanggungjawab seorang anak yang perlu dicontohi.

Cover image via Faisal Rahimi (Facebook)

Ibu bapa adalah insan yang paling bermakna dalam hidup kita. Mereka adalah harta yang tidak ternilai bagi seorang anak.

Tentunya perit sekali jika terpaksa menghadapi kehilangan mereka buat selamanya, tapi itulah yang akan dilalui suatu hari nanti.

Sebagai seorang anak, adalah tanggungjawab kita untuk menjaga ibu bapa sebaik mungkin sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dulu.

Selagi masih ada tenaga jangan pernah sia-siakan mereka kerana kita tidak tahu berapa lama lagi masa untuk bersama mereka.

Penuhi amanah arwah ayah selepas dia kembali ke rahmatullah

Pada hari ini, ramai juga yang dilihat telah berkorban segalanya demi berbakti kepada ibu bapa mereka.

Sama seperti kisah seorang lelaki ini yang memuat naik posting di Facebook apabila menceritakan terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja demi menjaga ibunya yang sakit.

Menerusi posting tersebut, dia menceritakan untuk mengambil keputusan berhenti kerja kerana tanggungjawab sebagai seorang anak dan memenuhi amanah yang telah diberikan oleh arwah ayahnya.

Berhenti kerja di offshore demi menjaga ibu yang sedang sakit

Jika dilihat dalam keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu, tetapi dia tetap bertekad untuk berhenti kerja di offshore dan pulang ke kampung halaman demi berada bersama ibunya.

Dia juga menganggap keputusan berhenti kerja bukanlah satu perkara yang mudah, namun demi ibu tercinta dia sanggup melakukan apa saja.

"Tak pe kerja boleh cari, mak sorang tiada ganti," katanya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata warganet berasa kagum melihat pengorbanan yang diberikan dan mendoakannya

Selagi ibu bapa kita masih anda jagalah mereka sebaik mungkin :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: