Kejutan Di Piala Dunia, Jerman & Belanda Tersingkir Awal Dalam Pusingan 32

Kedua-dua pasukan tersebut alami nasib yang sama tewas pada penentuan sepakan penalti.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Reuters & Thairath

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kejutan tercipta di Piala Dunia apabila dua pasukan yang dianggap jadi pilihan tersingkir awal dalam peringkat kalah mati

Menerusi laporan Berita Harian, Jerman tersingkir selepas tewas 3-4 ke atas Paraguay menerusi penentuan penalti susulan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pusingan 32 awal pagi tadi.

Julio Enciso terlebih dahulu meletakkan Paraguay di depan sebelum separuh masa, sebelum Kai Havertz menyamakan kedudukan buat Jerman pada minit ke-54.

Dalam penentuan sepakan penalti, penjaga gol Paraguay, Orlando Gill menyelamatkan sepakan Havertz dan Nick Woltemade, namun rakan sepasukannya mensia-siakan dua peluang untuk menamatkan saingan.

Jose Canale kemudian menyempurnakan sepakan kemenangan selepas Jonathan Tah merembat tinggi bola melepasi palang. Ini merupakan kali pertama Jerman tewas ketika penentuan sepakan penalti dalam Piala Dunia.

Paraguay dijangka berdepan cabaran getir menentang Perancis pada pusingan seterusnya jika Les Bleus berjaya menewaskan Sweden di pusingan 32.

SAYS.com
Image via Sky Sports
SAYS.com
Image via Sky Sports

Belanda menghadapi nasib yang sama tewas kepada Maghribi

Maghribi menewaskan Belanda 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan pada aksi pusingan 32, sebentar tadi, lapor Berita Harian.

Kedua-dua pasukan gagal mencari gol pemisah selepas 120 minit permainan memaksa perlawanan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Maghribi dilihat lebih tenang apabila menyempurnakan tiga daripada lima sepakan mereka, manakala Belanda hanya berjaya menjaringkan dua gol.

Ismael Saibari jadi wira buat Maghribi selepas tenang menyempurnakan sepakan penalti terakhir memastikan pasukannya melangkah ke pusingan 16 terbaik.

Maghribi dijadualkan berdepan Kanada yang turut mengesahkan tempat ke kelompok 16 terbaik dalam usaha memburu tempat ke suku akhir.

SAYS.com
Image via Fox 2
SAYS.com
Image via Al-Monitor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik