seismik

Kenakalan Hampir Membawa Padah. Detik Seram Seorang Fasi Di Sekolah Di Kuching, Sarawak

Jangan buat bising di kawasan hutan, nanti ada yang memerhati.

Cover image via Twitter @jejulll

Hijab bererti sesuatu yang menutup. Jika disingkapkan hijab itu, akan terbukalah apa yang disembunyikan selama ini.

Begitu juga dengan alam ghaib yang dihijab oleh Allah daripada pandangan mata kasar manusia. Manusia hanya mampu melihat alam nyata kecuali manusia yang diberikan kelebihan untuk melihat perkara yang tidak nyata.

Kebolehan melihat alam ghaib ini bukanlah suatu kelebihan. Ada kalanya, ia lebih kepada kekurangan kerana ianya boleh membuat seseorang itu diganggu oleh makhluk halus ini.

Ini yang berlaku kepada pengguna Twitter @jejulll, atau Zul, yang menceritakan pengalamannya diganggu makhluk halus ketika menjadi fasilitator di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak

Baca thread penuh di bawah:

Zul yang mempunyai keupayaan melihat makhluk ghaib terlihat kelibat makhluk itu berkeliaran sekitar waktu senja

Sedang Zul berseronok bersama kawan-kawannya, dia terlihat sesuatu yang menyerupai gajah melambai-lambai kearahnya

Makhluk itu seakan mengekori dan memerhatikan Zul dari jauh memberi ketidakselesaan pada dirinya

Tanpa sebarang rasa takut, Zul dan kawan-kawannya bermain gusti di tengah-tengah dataran di sekolah itu

Semakin mereka bising, semakin 'benda' itu marah dan cuba terbang ke arah mereka

Zul dan kawan-kawannya yang kepenatan mula rasa mengantuk dan beransur untuk tidur. Sebelum tidur, Zul pergi ke tandas seorang diri dan mulalah penampakan makhluk lain.

Zul yang mula cuak bertambah rasa takut apabila makhluk itu telah menyapanya, "Dah nampak aku ke?"

Zul yang menghadapi kesukaran bernafas kerana ditindih makhluk itu mula memarahinya, "Kau nak apa?"

Makhluk itu mengganggu Zul sepanjang malam menyukarkan dia untuk tidur

Zul menasihati orang ramai agar tidak membuat onar dan perlu menghormati sesuatu tempat itu kerana ada 'benda' yang sudah lama menginap di situ

Jikalau kita berada di situasi Zul, pasti meremang bulu roma dan rasa seram sejuk!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi cerita seram di SAYS Seismik:

You may be interested in: