Kepala Abang Botak Ni Bersinar Sangat, Petugas Siap Kena 'Cover' Untuk Kurangkan Silau

Silau sangat bang. Haha.

Ingat senang ke nak dapatkan gambar pasport yang cantik?

Cuba korang tengok gambar pasport korang sekarang. Elok ke tak?

Walaupun gambar pasport warna hitam putih je, masa nak ambil gambar tu tetap kena pastikan diri sendiri cantik, handsome, kemas, dan rapi. Maklumlah, gambar yang diambil ni akan diabadikan ke dalam pasport selama 5 tahun.

Jadi, gambar kita tu wajib kena on point supaya kita boleh hidup dengan tenang dan tenteram. Hehe.

Selalunya, urusan nak ambil gambar pasport ni bukanlah susah mana pun. Kita hanya perlu duduk, senyum, dan selesai.

Tapi, pengalaman tu mungkin lain sikit untuk abang botak sorang ni.

Muka dah okay, senyum dah okay, pakaian dah okay, tapi ada pulak satu benda yang tak kena. Rupa-rupanya, kepala botak dia bersinar sangat sampai petugas imigresen kena cover kepala dia untuk kurangkan silau.

Kejadian lucu ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Nazirul Nazrin pada Sabtu, 15 Jun 2019 yang lalu.

Video yang dimuat naik telah pun tular sehingga mendapat lebih daripada 3,000 shares dan 1,200 komen ketika artikel ini ditulis.

"Silau sangat smpai akak imigresen kena tekup kepala," tulis Nazirul

Silau sangat smpai akak imigresen kene tekup kepala

Posted by Nazirul Nazrin on Saturday, June 15, 2019

Netizen cukup terhibur dengan video ini dan masing-masing tagged rakan botak mereka di ruangan komen

Steady abang botak!

Image via giphy.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment