Gelagat 'Behind-The-Scene' Bapa Ini Tangkap Gambar Memang Kelakar, Berdekah Tengok!
Nak cari 'angle' punya pasal, sampai macam ini jadinya!
Setiap kali menjelangnya hari Raya, salah satu perkara yang 'wajib' kita lakukan sudah semestinya sesi bergambar!
Masing-masing akan menggayakan baju serba baru, dengan pelbagai warna dan rekaan dan gambar-gambar ini pasti akan membanjiri laman-laman sosial sepanjang musim perayaan ini.
Iyalah, hari Raya kan datang setahun sekali, dan sudah tentu semua mahu kelihatan paling cantik, tampan dan menarik pada hari yang indah ini. Bahkan, memang sudah dianjurkan bagi umat Islam untuk berhias diri tatkala tibanya hari Lebaran dan perkara ini sudah diamalkan semenjak zaman Rasulullah SAW lagi.
Selain menangkap gambar secara persendirian, pastinya semua tidak mahu ketinggalan untuk menangkap gambar bersama kawan-kawan serta ahli keluarga. Masing-masing akan strike a pose!
Tapi pernah kita tertanya tidak situasi belakang tabir serta gelagat tukang yang menangkap gambar-gambar yang membanjiri laman sosial kita selama ini?
Terbaru, gelagat seorang bapa mengambil gambar anak serta anak-anak buahnya telah membuat ramai netizen tertawa
Bapa tersebut yang dikenali sebagai Uncle Rahman itu telah tular di laman-laman sosial bermula dengan laman Twitter apabila anak perempuannnya @iNajwarahman berkongsi gambar di sebalik tabir memaparkan bagaimana bapanya bersungguh-sungguh mencari angle demi menangkap group photo anak-anaknya itu.
Bukan itu sahaja, Najwa turut menceritakan bagaimana bapanya itu memaksa anak-anak buahnya untuk pose di hadapan kamera. Siap suruh buat muka garang!
Situasi itu benar-benar menggelikan hati netizen yang terhibur dengan gelagat Uncle Rahman yang lebih 'dahsyat' dan bersemangat daripada anak-anak muda dalam bab-bab bergambar.