seismik

[VIDEO] Ini Dia Ringkasan Dan Kronologi Kes Tebusan Di Kota Kinabalu Dalam 7 Poin Penting

Walaupun selamat, wanita terbabit masih trauma dan takut.

Cover image via Facebook

1. Sekitar jam 7.30 malam semalam, seorang wanita menjadi tebusan seorang perompak tidak berbaju yang pecah masuk ke dalam rumahnya

Kejadian berlaku di kediaman wanita terbabit di Jalan Kolam di belakang Balai Polis Luyang, Kota Kinabalu.

2. Situasi cemas tebusan itu berlangsung selama kira-kira dua jam sehingga 9.45 malam

Dalam kala pihak polis cuba berunding dengan suspek untuk melepaskan mangsa, suspek bertindak memegang mangsa sambil mengacukan sebilah pisau pada leher, dan mengheret mangsa kira-kira dua kilometer ke Jalan Damai.

Pemangku Ketua Polis Daerah Superintendan George Abd Rakman berkata pihak polis membuat keputusan untuk bertenang dan tidak melepaskan apa-apa tembakan sepanjang kejadian berlangsung.

3. George menceritakan bagaimana wanita terbabit dijadikan tebusan:

Pada mulanya, perompak tidak berbaju itu cuba untuk memecah masuk ke dalam sebuah rumah di Taman Istimewa di Jalan Kolam. Tetapi percubaannya gagal apabila pemilik rumah menemui beliau dan segera memaklumkan kepada polis.

Suspek kemudian berlari ke arah rumah yang lain dan terus menculik wanita terbabit untuk dijadikan tebusan. Menurut George, mangsa ketika itu berada di luar rumahnya.

4. Selepas menjadikannya tebusan, suspek mengugut untuk membunuh mangsa

Walaupun polis telah mengepung kedua-dua hujung jalan pada 8.30 malam dan cuba untuk menenangkan suspek untuk melepaskan mangsa, orang ramai mula berkumpul di tempat kejadian dan menyebarkan berita tentang krisis tebusan ini di media sosial sehingga viral.

5. Apabila sudah jelas bahawa suspek tidak bersedia untuk sebarang rundingan, pihak polis menggunakan taktik berbeza untuk menyelamatkan wanita terbabit

Menurut sumber, beberapa pegawai polis menyamar sebagai kakitangan perubatan dan menghampiri suspek. Mereka kononnya mahu merawat dan melihat keadaan mangsa.

Tertipu dan percaya, suspek membenarkan "kakitangan perubatan" untuk mendekati mangsa, kemudian mereka segera memberkas dan menangkapnya.

Pihak polis berjaya menundukkan suspek, mengakhiri krisis tebusan penuh dramatik selama dua jam itu pada pukul 9.45 malam.

Wanita terbabit hanya mengalami luka-luka kecil dan telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk rawatan lanjut.

6. Walaupun telah diselamatkan, jelas kelihatan perasaan trauma dan takut pada wajah wanita terbabit terhadap apa yang telah berlaku ke atas dirinya

Dijadikan tebusan, diacu pisau di leher oleh seorang lelaki tidak berbaju selama dua jam, diseret sehingga dua kilometer dalam dakapan lelaki tersebut - pastinya perasaan trauma dan takut yang dialami oleh mangsa tidak dapat dibayangkan.

7. Dalam pada itu, polis mengatakan suspek yang berusia 27 tahun itu merupakan warga asing kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan

Menurut George, polis telah merampas senjata pisau yang digunakan suspek dalam krisis tebusan berkenaan.

"Pisau tersebut berukuran kira-kira enam inci panjang," kata George.

Polis akan menyiasat kes ini di bawah Akta Penculikan 1961 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sementara itu di Melaka...

Leave a comment