seismik

Kini Telah Dibuka, Ini Cara Memohon Bantuan Khas Musaadah Khaira PPZ

Individu yang berkelayakan boleh membuat permohonan.

Cover image via Facebook / Khaira PPZ

Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyediakan Bantuan Khas COVID-19 untuk disalurkan kepada golongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Bantuan yang diberikan nama sebagai Musaadah Khaira PPZ itu telah dirasmikan pada hari ini dan ia diberikan khusus kepada warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama yang terjejas akibat pelaksanaan PKP.

Berikut adalah syarat kelayakan bagi memohon bantuan Musaadah Khaira PPZ ini.

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja.
  2. Pemohon dalam kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.
  3. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.
Melalui inisiatif ini, permohonan yang berjaya akan diberi bantuan ‘one-off’ sebanyak RM300.

Jadi, orang ramai yang memerlukan bantuan khas ini bolehlah membuat permohonan secara atas talian dengan melayari laman web musaadahkhaira.zakat.com.my. bermula 1 April dan bayaran bantuan akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak.

Untuk sesiapa yang berhasrat untuk memohon, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

Dalam pada itu, jangan lupa untuk sertakan dokumen sokongan seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Bagi yang bekerja – Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / Pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan
  3. Bagi Peniaga / Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen
  4. Akaun Bank – Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, sila lampirkan SURAT KUASA yang ditandatangani oleh pemohon. Sila nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.

Dokumen sokongan boleh diserahkan dengan mengambil gambar atau imbas (scan) dokumen dan muat-naik (upload) di dalam borang permohonan.

Apa-apa pun ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | March 26, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Thursday, March 26, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkaitan di SAYS Seismik:

You may be interested in: