seismik

"Kolaborasi Dengan Keretapi Sarong" - Jom Meriahkan Kuih Piknik Sempena Hari Malaysia Ini

Ajak kawan-kawan turun padang, pelbagai aktiviti termasuk persembahan selebriti, permainan tradisional dan tayangan filem eklusif tau!

Cover image via @madamyongdelight (Instagram) & @pakaitangkap (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nak sambut Hari Malaysia tapi tak tahu dekat nak pergi mana?

Jangan risau, jom ajak ramai-ramai untuk menyambut Hari Malaysia yang dianjurkan oleh Keretapi Sarong bersama Media Prima.

Kempen Media Prima #ManisPahitBersama yang meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia menampilkan pelbagai aktiviti termasuk persembahan selebriti, permainan tradisional, bengkel dan tentunya kuih piknik. 

Image via GIPHY

Kuih Piknik #ManisPahitBersama berkerjasama dengan Keretapi Sarong 2023!

Acara ini diadakan pada 16 September 2023 (Sabtu) pada pukul 2pm hingga 6pm di Taman Kolonial, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

Para pengunjung dijemput untuk menikmati pelbagai kuih-muih yang sedap dan kopi beraroma daripada KUEH Cafe. 

Jangan lupa untuk pakai pakaian tradisional kegemaran anda dan sertai pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Keretapi Sarong. Bukan itu saja, nikmati persembahan selebriti seperti Marsha, Lost Spaces, Syafiq Farhain, Haiza dan Amir Jahari!

Pelbagai permainan tradisional juga disediakan, sebab itu jangan lupa ajak kawan-kawan untuk turun padang tau!

Image via TV3 Malaysia

Anda juga berpeluang untuk bertemu dengan personaliti radio dan selebriti dari filem DOH!

Nantikan kemunculan personaliti radio kegemaran Malaysia dari Hot FM, Kool 101, Molek FM, FLY FM dan lapan FM serta hadiah daripada platform penstriman popular kami, Tonton.

Acara ini akan diakhiri dengan Tayangan eksklusif Doh, dan peluang bertemu selebriti dari filem akan datang yang menampilkan Syafiq Kyle, Aida Amron, Sherlyn Seo, Fabian Loo dan Haris Md Noor.

Image via tonton

Tunggu apa lagi? Save the date tau!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: