[GAMBAR] 6 Tema Perkahwinan ‘Rare’ Di Malaysia Yang Jauh Beza Dari Tradisi Biasa

Macam-macam ada!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook

Apabila bercakap mengenai tema perkahwinan, semestinya ramai yang hanya menumpukan kepada tema warna semata-mata dan pastinya pengantin akan memilih warna kegemaran mereka

Tetapi, bagaimana pula dengan tema secara menyeluruh? Tema yang dimaksudkan di sini adalah konsep perkahwinan yang ingin mereka adakan. Kalau diperhatikan, zaman sekarang sudah banyak pasangan pengantin yang mengadakan majlis perkahwinan mereka dengan tema yang pelik-pelik dan dianggap *rare.*

Setakat ini, di Malaysia, kami telah menjumpai 6 tema perkahwinan yang kami anggap sangat pelik dan rare. Tema apakah agaknya?

1. Tema superhero Power Rangers

Majlis ini diadakan di **Rawang, Selangor.** Pasangan pengantin dikatakan telah diberi kejutan oleh rakan-rakannya yang mana telah bertukar menjadi **Power Rangers** semasa majlis resepsi mereka yang mana bertujuan untuk memeriahkan majlis perkahwinan tersebut. Memang terbaik punya *suprise!*

2. Tema superhero Kamen Rider

Menurut sumber, tema ini dipilih oleh pengantin lelaki itu sendiri kerana meminati siri animasi **Kamen Rider** sejak zaman kanak-kanak lagi. Dia telah menyimpan niat dan angan-angan untuk mengadakan majlis seperti ini sejak kecil lagi dan tidak menyangka akhirnya impian ini menjadi nyata.

3. Tema Star Wars

Disebabkan begitu minat dengan filem aksi **Star Wars**, pasangan ini telah memilih tema 'Star Wars' semasa di hari bahagia mereka. Bukan saja tema dan dekorasi majlisnya sahaja bertemakan Star Wars, malahan hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak juga merupakan alat-alat serupa yang digunakan dalam filem tersebut. Memang *rare!*

4. Tema Football Club Arsenal

Image via Atikah/Twitter

Image via Atikah/Twitter

Image via Atikah/Twitter

Pasangan ini merealisasikan perkahwinan idaman mereka dengan menjadikan pasukan bola kegemaran, Arsenal sebagai tema majlis. Malah padang bola sepak mini turut disediakan bagi menaikkan mood bola sepak sewaktu majlis berlangsung. Hebatnya penangan majlis mereka ini sehinggakan ia mendapat perhatian hingga ke peringkat antarabangsa apabila kisah mereka menjadi trending di laman web [metro UK](http://metro.co.uk/sport/football/).

5. Tema 'Di Bangku Sekolah'

Kalau anda perasan, pasangan ini telah pun menjadi viral beberapa hari lalu kerana mengenakan pakaian sekolah sebagai busana perkahwinan mereka. Mereka dikatakan mula mengenali antara satu sama lain **sejak zaman sekolah** lagi dan tidak menyangka hubungan itu kekal sehingga ke jinjang pelamin. Selain untuk *throwback* semula kenangan waktu sekolah, mereka juga dikatakan melakukan perkara itu untuk mengurangkan kos perkahwinan.

6. Tema hipster

Lain pula bagi pasangan ini, mereka memilih majlis perkahwinan yang lebih santai dan *cool* yang bertemakan **Rock N Roll**. Majlis ini boleh dikatakan sebagai *post wedding* kerana mereka mengadakan majlis ini hanya untuk meraikan rakan-rakan dan kenalan bisnes. Majlis perkahwinan mengikut adat resam dikatakan telah diadakan terlebih dahulu di kedua-dua belah pihak sebelum mereka menggadakan majlis ini.

Saksikan video majlis mereka di bawah:

Macam-macam tema ada dan memang pelik. Apa-apa pun kami doakan semoga pasangan pengantin kekal bahagia ke hujung nyawa… #tilljannah

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah nak kahwin? Apa kata baca ini:

You may be interested in: