Konsert 'Gelek Maut' Di Kelantan Didakwa Adalah Untuk Komuniti Siam, Disambut Setiap Tahun
Perayaan itu dipanggil sebagai Thodphapha khas buat penganut Budha
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, viral satu video memaparkan konsert yang diadakan di Kelantan dipenuhi tarian gelek oleh wanita-wanita seksi, menjadi perdebatan orang ramai di media sosial
Video yang dimuat naik di aplikasi X itu telah menjadi bualan dan orang ramai mempertikaikan tentang anjuran konsert itu sepertinya tidak selari dengan pendirian kerajaan negeri Kelantan iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Susulan itu, netizen telah meluahkan rasa kebimbangan terhadap perkara itu dan juga meminta pihak berwajib untuk membuat siasatan ke atas konsert tersebut.
Bagaimanapun, ada yang tampil mendakwa konsert itu adalah khas buat masyarakat Siam di Kelantan
Menurut salah seorang pengguna aplikasi X, @Frendybfendy konsert itu adalah untuk masyarakat Siam di sana dan juga diadakan di dalam kawasan tokong di Bachok.
Seorang lagi pengguna aplikasi itu memberitahu bahawa konsert tersebut adalah sejenis perayaan tradisi buat penganut Budha di sana.
Salah seorang pengguna yang menyatakan bahawa dirinya adalah berbangsa Cina Budha menjelaskan, itu adalah majlis Thodphapha dan majlis tersebut sememangnya sedang dijalankan di mana-mana tokong di sekitar Kelantan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!