Uniknya 'Homestay' Kontena Di Kuala Pilah Ini Sampai Dapat Tarikan Pelancong Luar Negara!
Hujung minggu mesti best dekat sini!
Buat mereka yang ingin merasakan suasana kampung dan mahu lari dari hiruk pikuk kota di hujung minggu, Pilah Kontenastay mungkin destinasi yang tepat buat anda bercuti bersama keluarga
Berkonsepkan rumah moden dengan sedikit sentuhan english style, Pilah Kontenastay yang terletak di Kuala Pilah ini sangat sesuai dijadikan tempat untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sewaktu cuti panjang.
Ia dipanggil sebagai Pilah Kontenastay kerana homestay ini dibina 80% daripada kontena yang memberi gaya menarik dan lain daripada homestay lain.
Susun atur perabot dan rekaan dalaman Pilah Kontenastay juga sangat cantik dan kemas. Ini pastinya dapat memberikan mood santai dan relaks kepada pengunjungnya.
Tengoklah gambar-gambar ruang homestay ini, kesemuanya kelihatan moden tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan elemen-elemen kampung yang mendamaikan.
Suasana kampung sebenar boleh dirasai di homestay ini kerana pelbagai aktiviti santai turut boleh dilakukan contohnya berbasikal dalam kebun, makan buah (sewaktu musim buah), barberku dan macam-macam lagi
Sekali sekala buat aktiviti santai macam ni pun best juga kan? Dapat juga mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga dan rakan-rakan. Jadi, kalau nak buat family day pun sangat sesuai!
Kadar yang dikenakan satu malam untuk satu bilik adalah di antara RM85-RM170 mengikut jenis bilik yang anda inginkan
Bukan tu saja, jika anda mahukan masakan home made, anda boleh request masakan kampung, western, chinese dan macam-macam lagi. Dengar-dengar masakan kampung di sini memang original. Siapa suka pedas boleh cuba masakan mereka di sini. Memang sodap!
Katanya homestay ini baru dibuka April lalu dan telahpun menerima ramai pengunjung termasuk pelancong dari luar negara.