seismik

“Kufur Nikmat Lagi Zalim” - Doktor Ini Selar Sikap Wanita Tak Makan Pil Perancang Percuma

Kalau tak nak makan, jangan ambil.

Cover image via SAYS

Kebanyakan ibu di Malaysia kini melahirkan anak melalui kaedah Cesarean yang mana akan dijalankan secara elektif atau kecemasan

Kaedah Cesarean secara elektif bermaksud pembedahan mengeluarkan bayi dari dalam rahim yang dijalankan pada tarikh yang dirancang. Manakala kaedah Cesarean secara kecemasan pula dijalankan serta-merta disebabkan keadaan bayi di dalam rahim atau ibu hamil tersebut berada dalam keadaan yang berisiko.

Proses penyembuhan juga mengambil masa yang agak lama dan bergantung kepada individu tersebut kerana pembedahan ini melibatkan kecederaan pada otot-otot besar. Secara ringkasnya, penyembuhan otot ini akan berlaku sebanyak 50% selepas 3 bulan dan 80% apabila mencapai tempoh setahun.

Oleh kerana itu, ibu-ibu bersalin secara pembedahan dinasihatkan untuk menjarakkan kehamilan untuk sekurang-kurangnya 18-24 bulan dari kehamilan yang lepas. Dan antara inisiatif yang disyorkan adalah dengan mengambil pil perancang keluarga.

Image via tumblr.com

Pada 8 September yang lalu, seorang doktor telah memuatnaik status berkenaan seorang wanita yang mendakwa terpaksa mengambil pil perancang keluarga

Namun, apa yang menjadikan Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir ini kecewa adalah sikap wanita tersebut yang hanya mengambil pil perancang keluarga yang diberikan secara percuma tetapi tidak dimakan walau sebiji pun.

Malah, dengan bangganya wanita terbabit memuatnaik gambar 6 papan pil perancang keluarga yang masih elok dalam simpanannya di laman Facebook untuk ibu-ibu mengandung.

Perbuatan wanita berkenaan yang seolah-olah tidak menghargai serta memanfaatkan ubat yang diberi secara percuma itu mendatangkan rasa kesal dalam diri Doktor Abdul Rahman.

"Sedih saya melihat perkara sebegini.
"Perkhidmatan kesihatan kita diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia oleh badan-badan antarabangsa. Namun ia kekal sebagai antara yang termurah di dunia.

"Disebabkan terlalu murah, ianya tidak dihargai oleh rakyat Malaysia. Ubat-ubat yang diberi yang harga sebenarnya mahal, tidak diambil dan dibazirkan.

"Malah berbangga pula post di internet akan sikap tidak bertanggungjawab ini sambil disokong oleh golongan jahil beramai-ramai.

"Selepas pembedahan Cesar memang kena elakkan mengandung selama 2 tahun. Jika mengandung juga, ia amat berisiko kerana ada risiko rahim pecah dan boleh bawa maut. Tapi dia buat main."

Tambah Doktor Abdul Rahman lagi, kerajaan seharusnya mengubah polisi charging bagi membendung masalah mereka yang 'kufur nikmat' ini. Menurutnya lagi, caj yang dikenakan di Klinik Kesihatan serta Jabatan Kecemasan juga perlu diubah.

"Mohon kerajaan ubah polisi charging. Golongan kufur nikmat seperti ini patut dikenalpasti identiti mereka dan dicaj sepenuhnya.

"Caj RM1.00 di Klinik Kesihatan dan Jabatan Kecemasan itu sebenarnya tak masuk akal lagi pada zaman ini. Mohon dinaikkan caj ke RM15 hingga RM20 pun okay.

"Namun bagi golongan yang betul-betul tak mampu, caj ini dikecualikan sama sekali. Seringgit pun tak payah bayar.

"Saya mengutarakan cadangan ini kerana sudah bosan melihat perangai rakyat Malaysia yang kufur nikmat lagi zalim. Posting ini dibuat bagi bertujuan mendidik orang ramai tentang betapa perkhidmatan kesihatan negara tidak dihargai dan disia-siakan."

Rata-rata netizen yang membaca turut menyatakan rasa kekesalan mereka terhadap tindakan tidak bertanggungjawab wanita terbabit

Patutkah perkara seperti ini dibiarkan berterusan? Apa tindakan yang sepatutnya diambil? Kongsikan pandangan anda pada bahagian komen di bawah. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Selalu beli ubat krim untuk kulit di farmasi? Baca fungsi sebenar krim-krim tersebut:

You may be interested in: