seismik

Lagi Kes Termakan Biskut Dicampur Racun, Seorang Remaja Lelaki Nyaris Maut

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku di Kemaman.

Cover image via Buletin TV3

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas insiden malang menimpa dua beradik termakan keropok beracun beberapa hari lalu, satu lagi kes sama terjadi kepada seorang remaja lelaki di Kemaman, Terengganu apabila dia dilaporkan termakan biskut mengandungi racun dan nyaris maut

Menurut laporan Buletin TV3, kejadian dikatakan berlaku Jumaat lalu, 12 Julai 2024 sekitar jam 1.45 petang.

Mohd Daynail Haikal Alias, 13 tahun dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman selepas pengsan ketika dirawat di Klinik Kesihatan Air Puteh.

Sebelum kejadian, mangsa bersama seorang kawannya masuk ke sebuah kebun pisang dan kelapa milik penduduk kampung untuk memancing yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

Image via Buletin TV3

Mangsa dikatakan telah makan sekeping biskut yang dipercayai dicampur racun untuk menghalau kera dan beruk yang digantung di atas sebatang kayu di kebun berkenaan.

Menurut bapa mangsa, Alias Saras, 57 tahun, dia mengetahui kejadian yang menimpa anak keempat dari lima beradik itu selepas diberitahu oleh isterinya Roslina Ahmad, 52 tahun.

Difahamkan, selepas makan makanan itu anaknya pengsan sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan. Bagaimanapun, Alias bersyukur anaknya itu semakin pulih selepas menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt. Hanyan Ramlan mengesahkan telah menerima laporan berkenaan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: