Seorang Lagi Kanak-Kanak Termakan Keropok Beracun Tikus Meninggal Dunia Tengah Hari Tadi
Salah seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia pada 10 Julai lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lagi kanak-kanak yang termakan keropok mengandungi racun tikus meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) tengah hari tadi
Menurut laporan Harian Metro, perkara itu disahkan oleh ibunya Nurain Hasnorizal, 25, selepas melawatnya di wad.
"Luth sudah meninggal dunia kira-kira jam 1.24 tengah hari tadi, hilang sudah kesakitannya. Jenazahnya dijangka dikebumikan Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah berhampiran pusara abangnya," katanya.
Terdahulu, dua beradik, Muhammad Luth Syauqi dan Muhammad Akil Syauqi yang masing-masing berusia dua dan tiga tahun dilaporkan kritikal selepas termakan makanan ringan didakwa mengandungi racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.
Keropok beracun itu digantung pada pagar dawai dikatakan dipasang pemilik kebun, bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya.
Kedua-dua kanak-kanak malang berkenaan dikejar ke HPP selepas menerima rawatan di Hospital Kulim.
Walau bagaimanapun, Muhammad Akil telah menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi, 10 Julai 2024.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!