Lama Sangat PKP, Lelaki Ini Kena Bayar 'Parking' RM7,000 Sebab Lupa Ambil Kereta. Alamak!
Ya ampun, banyak tu!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bila sebut bab duit parking, mesti ramai yang akan berkira untuk membayar dengan mengira betul-betul berapa jam kereta diletakkan di sesuatu tempat betul tak?
Malah, ada yang pernah hilangkan tiket parking dan terpaksa membayar denda untuk mendapatkan tiket baru.
Tetapi, lain pula dengan situasi seorang lelaki ini apabila dia terlupa mengambil keretanya yang ditinggalkan lama sehingga terpaksa membayar beribu-ribu ringgit mencuri perhatian ramai di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lama sangat PKP sampai lupa nak ambil kereta, tak pasal-pasal kena bayar RM7,005
Menerusi video yang dimuat naik oleh Fyrdaus Rahim, ia memaparkan dirinya sedang berada di depan mesin bayaran automatik tiket parking.
Dengan kapsyen "Lama sangat PKP, sampai lupa nak ambik kereta. Nangis la bayar parking", jelas terlihat jumlah duit yang terpapar di skrin mesin bayaran automatik itu jumlah yang perlu dibayarnya adalah sebanyak RM7,005.
Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah ketika dia mengeluarkan sekeping duit kertas RM20 dari dompetnya membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana dia nak bayar sehingga RM7,005 dengan hanya menggunakan duit kecil.
"Rileks je dia kena bayar 7 ribu, gaji aku 7 bulan dah ni" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 827.5K views, 25.6K likes dan 382 shares di TikTok.
Manakala, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen masih tidak percaya jumlah yang perlu dibayar oleh lelaki itu kerana terlalu mahal.
Malah, ada yang berkata jika mereka di tempat dia, mereka akan buat-buat tiket hilang dan bayar harga tiket baru saja.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: