seismik

Ikuti Langkah Mudah Ini Untuk Semak Keputusan Penempatan Tahun Satu & Prasekolah Sesi 2019

Kini anda boleh menyemak status penempatan bagi sekolah atau prasekolah yang dimohon untuk anak anda dengan cara yang lebih mudah.

Cover image via Google

Jika anda sudah mendaftarkan anak berusia 6 tahun bagi kemasukan sesi persekolahan tahun satu sesi 2019 atau anak berusia 4 dan 5 tahun untuk kemasukan prasekolah sesi 2019, semakan kini boleh dibuat secara online untuk penempatan sekolah yang dimohon

Kini dengan cara yang lebih mudah dan cepat, ibu bapa boleh menyemak sendiri status permohonan dan keputusan penempatan tahun 1 sesi 2019 mulai 1 Ogos 2018.

Bagaimana caranya?

Anda boleh klik di link ini dan ikuti langkah seterusnya:

Caranya:

1. Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
2. Jika anda terlupa, klik pada butang ‘lupa kata laluan’ untuk reset dan masukkan kata laluan baru.
3. Semak status pendaftaran selepas anda log masuk.
4. Pastikan Nombor Sijil Kelahiran/Mykid asal dengan Nombor Sijil Kelahiran atau Mykid dalam surat kelulusan yang dilampirkan adalah sama ketika anda membuat urusan pengesahan.
5. Cetak surat yang dilampirkan dan hantar ke sekolah untuk proses perakuan.
6. Jika anda tidak berjaya memohon sekolah yang diminta atau ingin tukar pilihan sekolah, anda boleh buat rayuan penempatan bermula 1 Ogos hingga 31 Ogos 2018.

Anda juga diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak di sekolah yang telah diluluskan mulai 1 Ogos 2018 sehingga 30 September 2018 secara online.

NOTA: Jika kelewatan, ianya akan menjejaskan urusan sekolah untuk menyediakan kemudahan bagi persekolahan anak atau menyebabkan penempatan anak dibatalkan.

Pegumuman penting bagi setiap pemohon di Putrajaya:

1. Keputusan penempatan murid Tahun 1 bagi sekolah-sekolah di Wilayah Putrajaya buat masa ini ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak. Bagi sebarang pertanyaan, hubungi JPWP Putrajaya di talian 03-8899 0000.

2. Bagi permohonan ke Tahun Satu ambilan 2019 yang telah dibuat pada tahun 2017, mohon semak permohonan Tuan/Puan kembali, kerana mulai tahun 2018, sekolah di W.P Putrajaya hanya membenarkan penduduk di Putrajaya sahaja untuk memohon. - Jabatan Pendidikan WP Putrajaya.

Ini pula merupakan cara semakan keputusan penempatan prasekolah sesi 2019:

Bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak berumur 4 dan 5 tahun untuk sesi prasekolah secara online pula, semakan status penempatan prasekolah sesi 2019 boleh mula disemak pada tarikh 5 Ogos 2018.

Bagaimana caranya? Boleh klik di link ini!

Untuk langkah menyemak pula, boleh ikuti step di bawah:

1. Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
2. Seperti biasa, jika anda terlupa kata laluan anda, klik pada butang ‘lupa kata laluan’ untuk reset dan masukkan kata laluan baru.
3. Buat pengesahan dan cetak surat yang dilampirkan untuk dihantar ke sekolah bagi proses perakuan.
4. Bagi keputusan penempatan prasekolah yang tidak berjaya atau ingin ditukar, rayuan penempatan prasekolah sesi 2019 boleh dimohon mulai 5 Ogos hingga 20 Ogos 2018.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hubungi terus dengan pihak sekolah yang dipohon

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tiada lagi kasut putih! :D