seismik

Kereta Dipandu Melawan Arus Menyebabkan Kematian Seorang Pegawai Keselamatan

Kejadian dikatakan berlaku di Kilometer 10.7 Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), Kuala Lumpur, jam 3.30 pagi semalam.

Cover image via Harian Metro

Sebuah kereta dikatakan telah dipandu secara lawan arus di Kilometer 10.7 Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), Kuala Lumpur pada jam 3:30 pagi semalam

Menurut laporan, kejadian tersebut telah melibatkan lima buah kereta iaitu Proton Preve, satu Pegueot, Proton Waja serta Mazda 3. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asistan Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai pengawal keselamatan iaitu Juhan Sabturani, 36.

Image via Harian Metro

Kemalangan ngeri tersebut telah berlaku apabila Proton Preve berlanggar dengan Mazda 3 yang telah dipandu melawan arus di laluan kanan lebuh raya itu

Zulkefly juga melaporkan bahawa pada masa yang sama kejadian itu, tiga lain kenderaan lain iaitu Proton Preve, Peugeot dan Proton Waja yang juga mengekori Proton Preve itu gagal menghentikan kenderaan masing-masing dan menyebabkan kemalangan.

"Ketiga-tiga kereta Proton dan Peugeot terbabit adalah dari syarikat sama dan dalam perjalandan dari pusat bandar ke Putrajaya ketika kemalangan berlaku.

“Mangsa yang berada di tempat duduk belakang maut akibat kecederaan di kepala," tambahnya.

Pada masa yang sama, turut cedera adalah pemandu dan seorang lagi penumpang yang berada bersama mangsa dan juga pemandu Mazda 3 tersebut.

Mangsa yang tercedera telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan lanjut dan semua kenderaan dihantar untuk pemeriksaan oleh Jabatan Kimia dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jika anda tidak tahu apa yang patut dilakukan ketika mengalami kemalangan, baca sini:

You may be interested in: