Lebih 16K 'Shares', Lelaki Ini Kongsi Resipi Keropok Lekor Guna Mi Sedap. Menariknya!

Agak-agak sama tak rasanya dengan keropok lekor ikan?

Keropok lekor merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia yang sangat terkenal terutamanya di negeri Terengganu

Image via Blog Mat Drat

Perkataan "Lekor" bermaksud "Lingkar" dalam loghat Terengganu yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" di akhir suku kata.

Oleh itu maksud keropok lekor ialah keropok yang berlingkar. Keropok lekor diperbuat daripada isi ikan laut dengan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji.

Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel sehingga menjadi panjang seperti tali, sebelum direbus di dalam air panas.

Keropok lekor merupakan snek kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa mahupun usia

Seorang pengguna Twitter @azreeabahkau telah menghasilkan keropok lekor versi Mi Sedap. 

Azery yang telah mengongsikan resipi keropok lekor Mie Sedap itu di akaun peribadinya telah mendapat lebih dari 16 ribu perkongsian di media sosial Twitter.

Berikut adalah cara-cara menyediakan keropok lekor versi Mi Sedap:

Saudara Azery juga turut memberi sedikit teaser tentang keropok lekor hasil ciptaannya itu

Time lapar ni, kalau makan keropok lekor cicah sos sedap juga!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment