Lebih 8K 'Shares', Gadis Ini Kongsi Rahsia Hilangkan Jerawat Dengan Hanya RM5. Murahnya!
Alternatif yang digunakan oleh gadis ini sememangnya sangat bagus dan menjimatkan.
Siapa sahaja yang tidak mahu untuk memiliki wajah yang bersih dan cantik bukan?
Memiliki wajah clear skin ini sememangnya impian setiap orang lebih-lebih lagi kaum perempuan kerana ia mampu meningkatkan tahap keyakinan diri kita di hadapan orang lain.
Namun, tidak semua orang bertuah untuk memiliki wajah serta kulit seperti ini. Ada dalam kalangan kita terpaksa berdepan dengan masalah jerawat yang teruk di muka untuk beberapa ketika sehingga kadang-kala membuatkan diri berasa segan untuk berdepan dengan orang ramai.
Bagi mereka yang memiliki masalah kulit ini, pastinya pelbagai cara serta langkah cuba dilakukan semata-mata untuk mendapatkan semula kulit yang bersih daripada jerawat.
Antaranya termasuklah menghabiskan ribuan ringgit untuk berjumpa pakar di klinik swasta, dan tidak kurang ada juga yang sanggup membeli pelbagai jenis produk kulit bagi merawat semula kulit mereka.
Bagaimanapun di Twitter, seorang gadis yang turut pernah mengalami masalah muka berjerawat telah berkongsikan rahsia bagaimana dirinya mendapatkan semula 'clear skin' tanpa kos yang tinggi
Menceritakan dulu pengalamannya, gadis yang menggunakan nama sebagai nyxhomr ini berkata mukanya mula mengalami breakout yang teruk selepas dirinya berhenti dari memakai satu produk tempatan
Apa yang lebih menyedihkan, jerawat yang 'timbul' di mukanya itu naik tanpa henti sehingga kadang kala ia bertindan sehingga menyebabkan bengkak.
Melihat kepada kulit wajahnya yang teruk itu, gadis ini kemudiannya berkata dirinya nekad untuk pergi ke sebuah klinik swasta untuk membuat rawatan
Namun menyedari kosnya adalah agak tinggi di samping statusnya sebagai seorang pelajar, dia kemudiannya mencari alternatif lain untuk mendapatkan rawatan pada kos yang lebih rendah.
Untuk perkongsian penuh gadis ini, sila baca di bawah:
Katanya, dia telah meminta surat rujukan dari sebuah klinik untuk pergi berjumpa pakar dari sektor kerajaan bagi masalah kulitnya
Gadis ini memaklumkan, sepanjang rawatan itu berlangsung dia hanya perlu berjumpa doktor sebanyak sekali sahaja dan sepanjang tempoh berjumpa pakar pula, dia hanya perlu membayar sebanyak RM5
Sepanjang mengambil accutance, dia berkata dirinya tidak mengalami sebarang depresi namun hanya hilang selera makan sahaja di 2 atau 3 bulan pertama