Lebih Setahun Mengadu Sakit Tekak, Rupa-Rupanya Lintah Gergasi Yang Melekat Ini Puncanya
Berpunca daripada minum air yang tidak dirawat dan kotor.
Lebih setahun mengalami sakit tekak, seekor lintah gergasi berjaya dikeluarkan dari trakea seorang kanak-kanak berusia lima tahun
Menurut sumber, kanak-kanak malang dari bandar Linchang, selatan China itu sering mengadu sakit tekak, sesak nafas dan berdengkur ketika tidur.
Selepas melakukan pemeriksaan di hospital, doktor mendapati seekor lintah gergasi melekat di trakeanya.
Rakaman semasa pembedahan di dewan bedah menunjukkan petugas kesihatan memasukkan sejenis alatan sebelum menarik keluar lintah gergasi sepanjang 2.8 inci itu
Menurut doktor, lintah itu mungkin memasuki saluran trakea mangsa berpunca daripada minum air tidak dirawat.
Media tempatan melaporkan, agak mustahil lintah boleh hidup di dalam badan manusia untuk tempoh yang lama.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan kira-kira 80 peratus penyakit seperti hepatitis A, polio dan kolera disebabkan tindakan minum air kotor
Malah di kebanyakan wilayah di China, para penduduk diminta untuk menjerang air terlebih dahulu sebelum diminum.
Pada bulan April lalu juga, seorang budak berusia sembilan tahun turut mengalami nasib sama apabila lintah sepanjang dua inci berjaya dikeluarkan dari hidungnya selepas dia dipercayai minum air tercemar.