Lee Zii Jia Mohon Perintah Injunksi Interim Mahkamah Hadkan Kuasa Bapa & Kakak
Lee Zii Jia, memohon injunksi terhadap bapa dan kakaknya berhubung kawalan kewangan LZJ Management.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pemain badminton profesional negara Lee Zii Jia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli keluarganya susulan pertikaian mengenai kawalan korporat
Menerusi laporan New Straits Times, pemain badminton itu memfailkan permohonan injunksi interim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Julai 2026.
Zii Jia sedang dalam usaha menghalang bapanya, Lee Chee Hin dan kakaknya, Lee Zii Yii, daripada membuat keputusan penting berkaitan kewangan dan pengurusan di LZJ Management tanpa kelulusan mahkamah.
Pertikaian undang-undang itu menamakan bapa, kakak, adik lelaki (Lee Tao), serta syarikat pengurusan tersebut sebagai responden.

Zii Jia, yang memegang 90 peratus kepentingan dalam syarikat itu, mahu menghalang bapa dan kakaknya daripada meluluskan fi pengarah, elaun, bonus atau manfaat kewangan lain untuk diri sendiri selain gaji bulanan masing-masing
Perintah injunksi interim itu juga bertujuan menghalang kedua-dua individu berkenaan, yang berkhidmat sebagai pengarah syarikat, daripada mengubah struktur pegangan saham, melupuskan aset utama atau menukar setiausaha syarikat.
Menurut afidavit sokongannya, Zii Jia menuntut supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi membincangkan tadbir urus dan pengurusan dalaman syarikat.
Percubaan terdahulu untuk mengadakan mesyuarat pada bulan Disember tahun lalu gagal disebabkan oleh ketiadaan kuorum.
Zii Jia memohon agar mahkamah mengarahkan supaya satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) baharu diadakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah tersebut, berserta kebenaran untuk melantik seorang pengerusi bebas
Anggota keluarga terbabit membantah permohonan itu dengan tegas.
Dalam afidavit yang difailkan pada 6 Ogos 2026, Chee Hin membantah campur tangan mahkamah dengan menyatakan bahawa syarikat itu terus menguruskan kerjaya profesional anaknya dengan lancar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via