Legoland Malaysia Rai Ulang Tahun Ke-10, Makin Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik
10 Years of Awesomeness.
Berita gembira daripada Legoland Malaysia Resort sempena ulang tahun ke-10 mereka baru-baru ini yang menanti buat para pengunjung
Bersempena ulang tahun '10 Years Of Awesomeness', Legoland Malaysia bakal menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan September ini.
Selama sebulan, para pengunjung boleh penuhkan hasrat mereka untuk meneroka dan mencipta lebih banyak kenangan yang menakjubkan bersama rakan dan keluarga sepanjang sambutan ini berlangsung.
Untuk menandakan peristiwa istimewa ini, Legoland Malaysia telah membina kek ulang tahun LEGO® setinggi 12 kaki. Kek tersebut menggunakan 90,000 LEGO® DUPLO®, dan lebih 320 jam untuk dilengkapkan.
Direka dengan sentuhan yang melambangkan negara Malaysia, kek ulang tahun LEGO® menonjolkan tiga elemen utama iaitu burung enggang, wau dan bunga raya dan akan dipamerkan sepanjang bulan ini.
Menurut Pengarah Bahagian di Legoland Malaysia Resort, CS Lim,15 September merupakan tarikh ‘lahir’ rasmi Legoland Malaysia dan pihaknya telah menyediakan pelbagai sambutan istimewa sepanjang hujung minggu buat semua pengunjung.
“Sedekad adalah peristiwa yang istimewa bagi kami di Legoland Malaysia Resort memandangkan sejauh mana kami telah melangkah jauh dan membina kenangan sepanjang hayat bersama.
"Kami telah mencipta memori indah dan pengalaman unik bersama di Legoland sejak 10 tahun yang lalu dan berhasrat untuk terus menciptanya dengan lebih banyak lagi.
"Untuk mengungkapkan rasa terima kasih kami yang tulus atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pengunjung kami, kami telah merancang pelbagai aktiviti dan tawaran hebat disediakan khas untuk sambutan penting ini," katanya.
4 tarikan terbaru di Legoland Malaysia pada tahun 2023
Legoland Malaysia Resort berdedikasi untuk menyediakan destinasi percutian sehenti untuk rakan dan keluarga dengan membawa mereka bersama untuk pengalaman berbeza dengan setiap lawatan.
Selain festival dan aktiviti tahunan yang digemari ramai, pengunjung boleh menantikan siri peningkatan untuk tahun 2023 dan seterusnya. Antaranya ialah:
1) Shaded MINILAND – Para tetamu boleh berjalan-jalan dengan selesa di bawah shaded dengan kipas penyejuk sambil cuci mata mercu tanda ikonik binaan LEGO® dari Januari 2023 dan seterusnya.
2) Pengubahsuaian Bilik Hotel Legoland – Pengunjung boleh mengalami pengalaman dalam bilik hotel dengan tema baru, seperti PIRATE, KINGDOM, ADVENTURE dan NINJAGO pada suku pertama 2023.
3) Splash Carnival – Festival taman air yang pertama untuk persembahan lebih istimewa, pelbagai aktiviti dan cabaran pada pertengahan 2023.
4) Filem 4D di LEGO Studio – Legoland Malaysia Resort akan membawa pengalaman sinematik yang mengasyikkan ke tahap baru dengan Filem 4D baru yang akan tersedia di LEGO® Studio sekitar suku ketiga 2023.
Bulan penuh keceriaan dan aktiviti yang menyeronokkan di Legoland
1) Cabutan bertuah sempena ulang tahun ke-10
Para tetamu berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM50,000 menerusi Roda Bertuah (Lucky Wheel). Terdapat pelbagai hadiah menarik antaranya Penginapan Hotel Legoland, Tiket 1 Hari Legoland, Pas Tahunan Legoland, Set LEGO® dan barangan eksklusif Legoland.
Bagi mendapat peluang untuk memutar roda, anda hanya perlu membuat perbelanjaan minimum RM99 di mana-mana kedai runcit di Legoland Malaysia Resort. Cabutan akan dilakukan setiap Jumaat hingga Ahad dan pada Cuti Umum.
2) Bina mozek LEGO® DOTS anda sendiri
Bebaskan kreativiti dalaman anda dengan mencipta mozek menarik berwarna-warni dengan menggunakan LEGO® DOTS. Hasil hebat anda akan dipamerkan di gerai LEGO® DOTS untuk tatapan tetamu lain.
3) Persembahan live terbaik sempena ulang tahun
Bayangkan majlis hari anda diserikan dengan pertunjukan buih, persembahan silap mata, sculpture balloon, dan tarian. Semua itu dapat direalisasikan di Legoland Malaysia, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.
4) Peluang bertemu dengan beberapa watak LEGO kegemaran
Selain dapat bersalaman dengan Jack & Emily, pengunjung juga berpeluang bertemu dan berpesta dengan beberapa watak LEGO® kegemaran anda seperti Emmet, Ollie The Dragon, Bricky dan watak LEGO® terbaru.
Pulang dengan hadiah menakjubkan daripada Legoland
Tetamu yang melengkapkan semua aktiviti ulang tahun boleh pulang dengan hadiah eksklusif Legoland. Apa yang perlu mereka lakukan ialah:
1) Belajar dan bawa pulang sculpter balloon di Balloon Sculpting Workshop.
2) Kutip mata sebanyak yang anda boleh di Slam Dunk Fun.
3) Tangkap gambar pose terbaik anda dengan bingkai foto LEGO® Dots gergasi di Dots Photobooth.
4) Sertai Pencarian Cupcake (Cupcake Hunt); Temukan semua kek cawan tersembunyi di kawasan The Beginning.
Tawaran eksklusif Legoland sepanjang bulan September
1. Birthday Kids masuk PERCUMA
Kanak-kanak di bawah umur 11 tahun boleh masuk ke Legoland Malaysia secara PERCUMA pada minggu hari lahir mereka dengan pembelian tiket 1-Day Double Pass atau 1-Day Triple Park untuk orang dewasa.
Birthday Guest di bawah umur 11 tahun juga akan menerima kejutan, button badge dan baucar RM20 (selagi stok masih ada).
2. Birthdays Kids dengan Triple Park Pass boleh bawa 1 rakan atau keluarga secara PERCUMA
Pemegang Tripple Park Annual Pass berusia 11 tahun ke bawah juga boleh membawa seorang rakan atau ahli keluarga pada minggu hari lahir mereka secara PERCUMA.
Birthday Guest di bawah umur 11 tahun juga akan menerima kejutan, button badge dan baucar RM20 (selagi stok masih ada).
3. Potongan F&B 10% untuk pemegang pas tahunan
Legoland Malaysia juga akan memberikan potongan 10% untuk pembelian makanan dan minuman (F&B) kepada pemegang pas tahunan dari 15 – 30 September 2022.
4. Hadiah Eksklusif dengan setiap pembelian LEGO® Playset
Dapatkan hadiah eksklusif, 30582 LEGO® Birthday Bear secara percuma dengan pembelian LEGO® Playset bernilai RM199 ke atas di kedai runcit Legoland Malaysia Resort.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!