seismik

Lelaki Ini Sahut Cabaran Teman Wanita, Buat Semula Adegan Dari Filem 'Tentang Bulan'. Wow!

Cara penulisan, warna baju serta seluar yang dipakai Gemuk dalam filem Tentang Bulan ditirunya juga. Betul-betul effort!

Cover image via Twitter @playhardmore

Siapa ingat filem Tentang Bulan?

Filem arahan Ahmad Idham yang berkisahkan enam sekawan yang mengharungi suka duka melalui zaman kanak-kanak. Antara pelakon filem Tentang Bulan termasuklah Aedy Ashraf, Erin Malek, Fatin Afeefa, Nik Edruce dan ramai lagi.

Image via Google

Filem yang ditayangkan pada tahun 2006 itu ternyata mampu mengamit memori manis dan pahit lebih-lebih lagi buat kanak-kanak yang berasal dari kampung dan ingin mencapai matlamat hidup.

Salah satu adegan yang pasti terpahat dalam ingatan peminat-peminat filem tersebut sudah tentu adegan ketika Gemuk cuba untuk meluahkan isi hatinya pada Zurina dengan melukis "Zurina I ❤ U" pada perutnya. Tengok-tengok bapa Zurina yang membuka tingkap!

Image via imgur.com

Baru-baru ini tular gambar seorang lelaki telah recreate adegan tersebut apabila dicabar teman wanitanya

Menerusi laman Twitter, Afaa telah berkongsikan screenshot perbualannya meminta teman lelakinya, Dzul untuk membuat semula adegan dari filem Tentang Bulan itu.

Dzul bersetuju untuk menyahut cabaran Afaa, bersyarat dia perlu mendapatkan 2 ribu retweets terlebih dahulu.

Menggunakan kuasa viral, Afaa memohon warga Twitter untuk retweet dan sama-sama melihat kesungguhan Dzul dalam menunaikan janjinya.

Ternyata tweet tersebut berjaya mendapat lebih daripada 5 ribu retweets!

Dzul, meskipun 'menyesal', tetap menunaikan janjinya.

Ini hasilnya!

Meskipun tidak boroi, namun cara penulisan, warna baju serta seluar yang dipakai Gemuk dalam filem Tentang Bulan ditirunya juga. Betul-betul effort!

Antara komen dari para netizen yang menunggu:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment