seismik

Lelaki Ini Berhenti Kerja Dengan Gaji RM4,000 Untuk Jadi Petani Timun Sepenuh Masa

Beliau telah bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat telekomunikasi sejak enam tahun lalu.

Cover image via Bernama

Dalam hidup ini tiada apa yang mustahil. Apa yang ingin kita cuba adalah terletak atas diri kita sendiri sama ada kita berani atau tidak.

Seperti laporan yang dikeluarkan oleh Bernama, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Amir Hasridz Bakar sanggup berhenti kerja tetap dengan gaji bulanan sebanyak RM4,000 sebulan sebagai pengurus di sebuah syarikat telekomunikasi sejak 6 tahun yang lalu untuk berkeringat sebagai pengusaha di ladang timun.

Image via Bernama

Walaubagaimanapun, Amir dikatakan tidak pernah menyesal dengan keputusannya untuk menggantikan pakaian formal dengan kasut peladang

Image via Sinar Harian

Menurut Amir lagi, “Arwah ayah saya adalah seorang petani yang terkenal di kawasan ini ketika beliau masih muda dan inilah yang mendorong saya mengikuti jejaknya,” katanya.

Dengan simpanan wang yang beliau ada sehingga kini, beliau berjaya menjalankan ladang berskala kecil dan penyaduran cili menggunakan sistem fertigasi berhampiran rumahnya

Tanaman itu telah berjaya dan telah memberikan keberanian untuk beliau menyewa sebidang tanah lagi yang meliputi 0.7 hektar di Kampung Berhala Gantang dari Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk menanam timun dengan menggunakan sistem fertigasi.

"Dalam beberapa tahun, saya dapat memperluaskan lagi ladang saya dan sekarang terdapat 10,000 polikulum tumbuhan timun di empat tapak pertanian.

"Saya boleh menuai kira-kira satu metrik tan timun setiap hari dan alhamdulillah dengan hasil kerja keras, saya dapat memperoleh lebih banyak daripada apa yang saya peroleh sebelum ini dan saya juga mampu untuk mengambil pekerja," kata Amir.

Isterinya iaitu Nordini Hashim kini membantu Amir dalam menguruskan ladang-ladang dengan tiga orang pekerja tetap dan dua orang pekerja separuh masa

Image via Bernama

Amir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bakar Fresh Farm kini telah merancang untuk membuka tujuh lagi ladang timun dengan menggunakan kaedah fertigasi.

Beliau juga menerima geran sebanyak RM40,000 dari kerajaan dan mendapat manfaat daripada pelbagai kursus latihan yang dianjurkan di bawah program agropreneur.

Amir berkata, "Saya berharap untuk mempunyai ladang yang lebih besar, sehingga 10 hektar, dan berharap kerajaan dapat membantu menyediakan tapak tersebut."

Apa pun, kami dari Team Seismik mengucapkan selamat maju jaya kepada Amir! Memang salute habis dekat brother ni! :)

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca perkongsian menarik hanya di SEISMIK:

You may be interested in: