seismik

'Honeymoon' 21 Hari, Pasangan Ini Pergi Ke Beijing Dari KL Guna Jalan Darat. Serius Epik!

Memang tak pernah dibuat orang!

Cover image via Haziq Saharuddin/Facebook

Tatkala bercakap mengenai honeymoon, pasti semua orang mempunyai destinasi pilihan masing-masing. Dan salah satu destinasi yang menjadi pilihan orang kita adalah Beijing, China.

Jadi, langkah awal yang perlu diambil mestilah booking tiket kapal terbang terlebih dahulu. Tidak begitu? Mungkin ya bagi anda tetapi tidak bagi pasangan ini. Perjalanan percutian berbulan madu mereka ke Beijing hanyalah dengan menggunakan jalan darat dan mengambil masa selama 21 hari dengan bajet sebanyak RM5 ribu. Menarik? Ya, memang menarik.

Jadi hari ini kami akan kongsikan kepada anda pengalaman honeymoon mereka yang paling epik ini!

1. Kenapa jalan darat? Kenapa tak guna saja flight?

Ini merupakan kali kedua saya ke Beijing, kali pertama adalah pada tahun 2013 bersama ahli keluarga (time ni bujang lagi.. hehehe). So, kali ni saje nk cuba jalan darat. Kali ini, hanya saya berdua dengan isteri! Sebenarnya ketika ini kami baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan kami.

facebook.com

Hatyai Junction - Bangkok

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

Bangkok.

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

RotFai Market, Bangkok.

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

2. Berapa lama nak sampai ke Beijing guna jalan darat?

Untuk makluman semua, pengembaraan kami adalah lebih kurang selama 21 hari. Kami bertolak pada 3hb Disember 2015 dan pulang semula ke Kuala Lumpur pada 23hb Disember 2015. Tetapi perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Beijing mengambil masa hanya 10 hari. Kami tiba di ibu negara China itu pada 13hb Disember 2015 dan menghabiskan masa 11 hari lagi di Beijing.

Tarikh perjalanan: 3hb - 23hb Disember 2015 (21 hari)

facebook.com

RotFai Market, Bangkok.

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

RotFai Market, Bangkok.

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

Floating Market, Damnoen Sanduak.

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

3. Berapa habis? Berapa kos dari KL ke Beijing?

Ini merupakan soalan yang biasa kami terima daripada semua orang mengenai bajet. Secara keseluruhannya kami habis lebih kurang RM5500 (termasuk tiket balik, pengangkutan, makan & minum, souvenier, entrance fee ke tempat2 tertentu, visa,etc)

Dibawah ini saya kongsikan route dan kos pengangkutan yang kami gunakan sepanjang perjalanan :

Shah Alam Hatyai (Konsortium Bus Express)
RM 58.80 x 2 = RM 117.60
Hatyai Bangkok (Lower Bed ; Rapid Train Sg Kolok - Bangkok)
845 baht x 2 = 1,690.00 baht
Bangkok Nongkhai (Upper Bed ; Express Train 69)
688 baht x 2 = 1,376.00 baht
Nongkhai Thanaleng 20 bath x 2 = 40.00 baht
Thanaleng Viantiane 600 bath (sebuah van)
Viantiane Hanoi (Sleeper bus)
500,000 dong x 2 = 1,000,000.00 dong
Hanoi Nanning (Hanoi train T8701/T8702)
950.00 dong x 2 = 1,900.00 dong
Nanning Beijing (Upper Bed, Z6 Train)
718.50 yuan x 2 = 1,437.00 yuan
Beijing ✈️ Kuala Lumpur (AirAsiaX) 1,668.00 CNY for 2 pax

Kos Pengangkutan Keseluruhan: RM3179.40 +/-
Kos pengangkutan akan berubah mengikut tukaran matawang.

facebook.com

Border Clearance. Nongkhai to Thanaleng.

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

Bus to Hanoi from Vientiane, Laos

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

Sleeper Bus Viantianne ke Hanoi. Perjalanan mengambil masa 24 jam.

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

4. Duit macam mana? Tukar dulu atau bagaimana?

Ini pun merupakan soalan kegemaran yang biasanya di tanya kepada kami. Ok, mengenai duit ni, kami tukar siap2 sebelum kami bertolak ke Beijing lagi. Berikut merupakan tukaran matawang yang kami lakukan.

Yuan : CNY3500.00 = RM2311.00
Vietnam Dong : 4,500,000 = RM877.50
Thai Baht : 10,000 = RM1207.00
* tukaran dibuat pada 2 December 2015. Sehari sebelum kami bertolak.

Boleh dikatakan, tukaran matawang yang kami buat semasa duit RINGGIT masih lagi tidak kukuh. Mungkin kami akan dapat jimat lagi jika RINGGIT diniagakan tinggi di bursa saham. (ayat persis pakar ekonomi). Duit yang kami tukarkan ni adalah untuk perbelanjaan dan kos pengangkutan yang diperlukan.

Jadi, kami telah asingkan siap-siap duit untuk pengangkutan dan duit untuk shopping. Ini bagi menggelakkan kami short duit. Selain itu, kami juga telah mengaktifkan kad bank untuk pengeluaran di luar negara. Kalau-kalau duit tidak mencukupi.

facebook.com

Border Vietnam Laos.

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

Wangfujing Street, Beijing.

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

Railway Market, Maeklong

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

5. Macam mana tempat tinggal? Duduk kat mana?

Haa, yang ni bergantung kat korang sebenarnya. Sama ada korang nk hotel yang mewah, hotel bajet, gueshouse, couchsurfing ataupun dorm. Kadang-kadang perjalanan yang jauh begini kita banyak tidur dalam kenderaan seperti bus dan keretapi.

So, berikut merupakan tempat-tempat yg kami transit & overnight during our trip :

i . Bangkok - The Manhattan, Bangkok (Hadiah Kahwin from my uncle) - Thank You Mahadi Saran
4 Days 3 Nights.
ii . Hanoi - Brother Inn (Booked thru agoda.com) 2 days 1 night
iii. Nanning - Travelling With Hostel (Booked thru agoda.com) 2 days 1 night
iv. Beijing - Malaysia Embassy, Beijing (Cousin)

Untuk penginapan ni, kalau korang nak book any hotel/hostel. Pilihlah area yang berdekatan dengan public transport supaya korang mudah nk bergerak..

facebook.com

Railway Market, Maeklong.

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

Our room at Nanning, China.

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

Train z6 from Nanning to Beijing.

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

6. Makan macam mana?

Cerita pasal makanan pula, kami bawa makanan (tapau) dari rumah lagi. Kalau diikutkan, makanan halal sepanjang perjalanan mudah di cari kecuali di Laos. Lagipun kami hanya transit sehari di Laos.

Apa yang kami bawa adalah makanan yang boleh tahan lama, seperti tempe sambal, nasi impit yang belum direbus, 3 in 1 Milo & Nescaffe, Nutella, Choclate bar & Lauk ready meals (sardin, kari ayam, etc).

Peralatan memasak pun kami ada bawa iaitu multicooker bagi memudahkan kami memanaskan/memasak lauk.

facebook.com

Makanan favourite orang Hanoi.

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

Makanan halal kat Hanoi. boleh cari restoran ni.

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

7. Visa?

Ya, anda memerlukan visa untuk masuk ke China. Thailand, Laos, Vietnam hanya memerlukan Pasport Antarabangsa. Pastikan tarikh tamat pasport anda tidak kurang daripada 6 bulan.
Bagi permohonan visa china, korang boleh rujuk di laman web berikut :

VISA for China

facebook.com

Beijing.

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

8. Selamat ke? Tak bahaya ke?

Alhamdulillah. Boleh dikatakan selamat.

Pada pandangan saya, selamat atau bahaya ini terlalu subjektif. Setiap perkara yang kita lakukan pastinya ada risiko. Walaupun hanya berbasikal di depan rumah. Betul tak ?
Apa yang saya amalkan ialah membaca “Doa Elak Bahaya” sepanjang perjalanan dan banyakkan berdoa. Doa seorang musafir kan antara doa yang mustajab. Selain itu, kita perlulah mengambil langkah-langkah keselamatan yang lain.
i . jangan lalu di lorong-lorong yang gelap dan sunyi.
ii. simpan duit dan pasport di tempat yang paling selamat. duit tu kalau boleh asing2 kan. jangan simpan satu tempat sahaja.
iii. pastikan keluarga anda tahu keberadaan anda. Maksudnya, share itinerary anda dengan ahli keluarga. Sentiasa update dgn family.

Walaubagaimana pun, kita tidak boleh lari dari kecelakaan. Betul tak?
Antara kecelakaan dan ancaman yang biasa terkena kepada para pelancong biasanya ialah scam.

Kami juga antara mangsa scam apabila kami tiba di Hanoi. Kami telah ditipu oleh pemandu teksi. Meter yang digunakan telah diubahsuai dan kami telah kerugian hampir 500,000 dong. iaitu hampir RM100.00 untuk jarak hanyak 3km. Maka berhati-hati ketika mengambil teksi. Oh ya! Vietnam boleh dikatakan tempat yang banyak scammer. maka berhati-hatilah apabila anda melancong ke sana !
Akhir kata, pergilah mengembara !

facebook.com

Maeklong, Thailand.

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

Sebelah masjid ni ada kedai makanan halal.

Image via Haziq Saharuddin/Facebook

Bagaimana bakal pengantin? Sudah bersedia merancang percutian berbulan madu yang epik?!

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih banyak artikel travel di sini:

You may be interested in: