Lelaki Ini Kongsi Tips Rawat 'Breakouts' Dalam Masa 7 Bulan. Serendah RM5 Je Bayaran!
Cara ini hanya boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah breakouts yang benar-benar teruk sahaja. Kalau setakat jerawat dua tiga biji, tidak dibenarkan.
Semua orang, baik perempuan mahupun lelaki inginkan kulit wajah yang bersih, licin, lagi cantik
Namun begitu, buat golongan anak muda, masalah kulit seperti jerawat dan breakout adalah antara masalah yang selalu dihadapi mereka sekali gus boleh menyebabkan keyakinan diri untuk merudum jatuh.
Untuk nampak cantik pula, ramai yang sanggup menghabiskan wang Ringgit yang banyak demi membeli produk kecantikan dan skincare yang terbaik walhal sebenarnya ada cara yang lebih efektif yang boleh digunakan. Paling penting, jauh lebih murah!
Baru-baru ini seorang lelaki telah berkongsikan tips mudah lagi murah untuk hilangkan masalah jerawat.
How murah? Serendah RM5 sahaja!
Dalam satu perkongsikan di laman Twitter, pemuda yang menggunakan tweethandle @wmawadullah itu berjaya merawat masalah jerawat yang dihadapinya dalam masa 7 bulan sahaja!
Tidak mengeluarkan kos yang tinggi dalam proses pemulihan kulitnya, pemuda itu hanya menggunakan khidmat yang disediakan oleh klinik kesihatan, yang seterusnya dilanjutkan kepada pakar kulit.
Dia hanya membayar RM5 sahaja untuk setiap konsultasi dan mendapat ubat-ubatan yang diberikan pakar secara percuma!
Baca perkongsian penuh langkah-langkah yang diambil olehnya dalam bentuk thread Twitter di bawah:
Ubat-ubat rawatan kulit tersebut masih dipakai oleh pemuda itu dari bulan Januari yang lalu sehingga ke hari ini, kecuali ubat capsule.