seismik

Lelaki Ini 'Travel' Ke Korea Selatan Dan Mendapati Penduduknya Tak Berjudi

Dia juga berkongsi 11 fakta menarik lain di negara K-pop itu.

Cover image via Instagram Nazri Arshad

Nazri Arshad, seorang backpacker dari Malaysia berkongsi 12 fakta menarik tentang Korea Selatan di laman Facebook Kelab Backpackers Malaysia

Kami tulis kembali pengalaman Nazri untuk dikongsi bersama.

12 fakta menarik tentang Korea Selatan, dari pengalaman & pemerhatian saya:

1. Gangwon-do adalah sebuah kawasan wilayah yang awesome giler

Di sini ada banyak ski resort yang besar. Bentuk muka bumi yang bergunung-ganang di wilayah ini menjadi tarikan paling utama terutama di musim sejuk.

Saya pergi sewaktu musim panas, aktiviti untuk pelancong pun tak kurang hebatnya! Hendak mendaki gunung, trekking dalam hutan, mandi sungai dan macam-macam lagi aktiviti boleh dilakukan di wilayah yang besar ini.

Peminat alam semula jadi dan adventure pasti enjoy gila kalau pergi ke sini.

2. Mengikut undang-undang, rakyat Korea tidak dibenarkan berjudi khususnya dalam kasino di Korea Selatan

Image via koogle.tv

Hah?! Biar betik! Jangan tak percaya, adalah menjadi satu kesalahan besar untuk rakyat Korea berjudi dalam Kasino. Kasino-kasino besar yang wujud di dalam negara Korea ditujukan khas untuk pelancong luar sahaja. Tapi, hanya ada satu sahaja kasino yang membenarkan rakyat Korea masuk untuk berjudi, terletak jauh di pedalaman kawasan pergunungan High 1 Resort, juga dalam wilayah Gangwon-Do. Wah, baik betul negara dia tak nak rakyat dia ketagih berjudi.

3. Pulau Jeju sebenarnya sangat besar

Mulanya saya ingatkan saiz dia sedang-sedang saja. Tapi bila dah sampai sana bila saya kena sewa kereta, barulah saya sedar yang pulau ini lebih besar dari negara Singapura. Pulau ni adalah destinasi paling saya suka! Awesome gila pulau ni!

4. Had laju maksimum memandu di Pulau Jeju kebanyakannya yang saya nampak hanyalah 70 km/jam

Image via chosun.com

Punyalah perlahan sampaikan pergi ke 1 lokasi ke 1 lokasi yang lain mengambil masa 1 jam sehingga 3 jam! 30 minit paling cepat kalau nak keluar dari town sahaja. Dah la pemanduan dorang ni cermat, tak reti nak memotong kenderaan lain pun, hormat sangat tu. Punyalah perlahan sehinggakan saya rasa seperti ini perjalanan dari KL ke Ipoh jadi saya boleh tidur nyenyak setiap hari.

5. Korea memang bijak menggunakan kelebihan teknologi mereka dalam bidang elektronik

Image via gizmag.com

Mereka gabungkan teknologi dalam pelbagai bentuk pendidikan, hiburan dan pelancongan. Saya ni memang sangat sukakan benda-benda hi-tech, jadi memang teruja dan cepat impress dengan setiap benda yg gunakan teknologi moden dalam perkara-perkara yang simple. Contohnya, muzium sejarah dalam Everland. 4D cinema experience tu! Mudah menarik minat kanak-kanak dan lebih senang hendak difahami.

6. Rupanya K-Pop dan K-Drama dua perkara yang berbeza

K-Pop ni adalah nyanyian manakala K-drama pula berkaitan dengan drama lakonan di TV yang selalu menampilkan adegan sedih dan sweet. Choii~ saya ingatkan ada sejenis K-Pop jer dalam Korea tu...baru tahu K-Drama tu benda yg lain.

7. Pengurusan pelancongan Korea pandai gunakan kelebihan dari promosi-promosi K-Pop dan K-Drama yang pernah menggunakan mana-mana lokasi di dalam negara mereka untuk tujuan perlancongan

Image via wikipedia.org

Contohnya, Winter Sonata. Walaupun sekadar satu jalan shopping di bandar kecil sekalipun, mesti anda akan ternampak frame gambar, patung atau cap tangan pelakon diletak dimana-mana lokasi tersebut.

8. Musim panas adalah waktu terbaik untuk shopping pakaian di Korea

Image via k-happytour.com

Pakaian yang sesuai dipakai dengan keadaan cuaca di Malaysia banyak yang dijual dengan harga yang murah di sana. Bayangkan, t-shirt berjenama di Malaysia harga minimum RM50-80 tu boleh didapati dengan harga RM20-30 jer kat Korea!

9. Kalau terjumpa awek cun gila, jangan terlalu cepat cair

Image via blogs.wsj.com

Ada potensi besar kecantikan mereka tu semuanya 'plastik' sahaja. Di kawasan Gangnam bersepah klinik dan hospital dengan perkhidmatan plastic surgery.

10. Itaewon, kawasan terletaknya Seoul Central Mosque meriah dengan restoran makanan halal dan beraneka kedai

Kawasan ni juga popular dengan bar & cafe untuk golongan LBGT. Jaga2 iman tu kalau berjalan waktu malam.Jangan langkah tersalah tuju pulak.

11. Industri pelancongan di Korea semakin terbuka dan bersedia untuk menerima kemasukan pelancong Muslim

Salah satu contoh surau di Incheon International Airport terletak di Departure Hall, berdekatan Duty free (gate 24 dan gate 29).

Image via seoulholidaytraveltips.blogspot.com

Jauh ceruk dipedalaman kawasan pelancongan Ganwon-do juga ada disediakan surau di dalam beberapa hotel. Malah, ada surau yang lebih bersih dan cantik dari yang disediakan oleh shopping mall di Malaysia.

Surau kat hotel2 di Korea ni kena check dengan local tourism board.

12. Kalau anda datang ke Korea semasa musim panas, anda pasti akan mendengar bunyi cicadas

Cicadas adalah sejenis serangga yg mengeluarkan bunyi yang kuat. Selalu kalau kita masuk hutan, bolehlah dengar sepoi-sepoi bahasa cicadas ni keluarkan bunyi. Memang aman damai dan rasa tenang jer kan? Tapi, bayangkan kalau ada beribu Cicadas mengeluarkan bunyi secara serentak? Tanpa henti, merata-rata di Seoul dan mana-mana tempat yg berpokok & berhutan, samada dalam bandar mahupun pedalaman. Ini disebabkan musim panas adalah waktu Cicadas ni mengawan. Atas pokok atau bawah tanah adalah tempat tinggal serangga ni.

Macam mana? Tertarik tak hati anda untuk bercuti ke Korea Selatan?

Ini pula kisah gadis Korea yang cintakan Bahasa Melayu:

You may be interested in: