seismik

Lelaki Ini 'Murung' Selepas Terpaksa Pinjam Kereta Anak Buah Dipenuhi Patung Lilo & Stitch

Sabar je lah bro.

Cover image via Mohd Firdaus Jailan (Facebook)

Kereta merupakan kenderaan yang menjadi keutamaan pada masa kini

Ia sudah menjadi seperti satu keperluan kepada kita kerana mudah untuk bergerak kemana-mana saja.

Disebabkan itu, penjagaannya juga amat penting dan perlu diambil berat untuk mengelakkan apa-apa masalah berlaku.

Namun, lain pula dengan perkongsian yang tular baru-baru ini di laman Facebook apabila seorang lelaki berkongsi kisahnya yang meminjam kereta anak buah perempuannya.

Murung lepas masuk kereta anak buah, patung stich dimana-mana

Menerusi perkongsian tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Firdaus itu memuat naik satu posting di laman Facebook dengan berkongsi pengalamannya yang meminjam kereta anak buahnya.

Kelihatan kereta anak buahnya itu dipenuhi dengan anak patung animasi popular Lilo & Stitch yang boleh dilihat dari pelbagai sudut dalam kereta.

Dengan wajah yang murung, lelaki berkenaan memberikan reaksi yang agak kelakar bersama patung-patung tersebut. Dia seperti menunjukkan muka yang agak rimas kerana pemandangan di dalam kereta itu.

"Mesti orang luar kata, muka ganas tapi kereta penuh Stitch" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi muka lelaki berkenaan bersama patung-patung tersebut. Malah, ada yang turut berkongsi tentang kereta mereka dan perhiasan di dalamnya.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 7.4K likes, 4K comments dan 12K shares di laman Facebook.

Berikut adalah komen-komen menarik daripada netizen di Facebook:

Naik pening juga tengok ya patung tu ada kat mana-mana :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: