Lelaki Bagi Tips Jadikan Seluar Pelampung Bagi Elak Lemas, Tapi Respon Netizen Lucu Habis!
Yang penting pandai terapungkan diri, dan pakai spender!
Malang itu sudah semestinya tidak berbau
Begitu juga dengan kemalangan atau insiden yang tidak diingini di dalam air boleh berlaku dalam sekelip mata atau pada ketika yang tidak dijangka.
Walau tahu berenang tidak bererti seseorang itu tidak akan lemas kerana apa-apa sahaja berkemungkinan untuk berlaku.
Mereka yang tidak dipantau dengan rapi boleh tenggelam lalu lemas tanpa disedari oleh orang ramai di sekelilingnya. Ini kerana bukan semua insiden lemas melibatkan aksi dramatik meronta lalu memekik meminta tolong seperti yang selalu dipertontonkan dalam kaca televisyen mahupun filem.
Oleh itu orang ramai disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga demi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
Baru-baru ini sebuah video telah tular di laman sosial memaparkan satu cara untuk menyelamatkan diri ketika sedang lemas
Video yang telah dimuat naik Aqua Space Swimming And Diving Centre dan dikongsikan semula oleh pengguna Twitter, @mszikr itu menunjukkan satu survival skill atau trick yang boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja untuk menyelamatkan diri daripada lemas.
Dalam video tersebut, seorang lelaki telah mengajar langkah demi langkap cara-cara untuk menjadikan seluar sebagai pelampung agar diri boleh terapung tatkala dalam keadaan mencemaskan itu.
Boleh lihat video penuh di bawah:
Meskipun tips yang dikongsikan itu bagus dan boleh membantu untuk menyelamatkan diri, namun diakui ianya lebih berkesan kepada mereka yang tahu cara-cara untuk terapungkan diri di dalam air.
Hasil tinjauan di laman Twitter bagaimanapun mendapati ramai warganet yang tidak tahu asas berenang iaitu cara untuk terapungkan diri. Ekoran daripada itu, rata-rata mereka mengeluarkan komen masing-masing yang boleh tahan lucu juga.
Antara komen menarik dari warganet:
Salah seorang daripada warganet siap ajar lagi tips untuk terapungkan diri di dalam air, lebih-lebih lagi ketika sedang dalam saat genting.
Akan tetapi kalau berkesempatan itu, belajarlah untuk berenang kerana ianya adalah sunnah.
Di bawah adalah rangkaian tweet yang dikongsikan oleh @mszikr buat mereka yang ingin belajar asas berenang: