seismik

Lelaki Warga Emas Dikatakan Memandu Lawan Arus Bertujuan Untuk Bunuh Diri

Kejadian ini berlaku di lebuhraya NPE berhampiran Taman Dato' Haron.

Cover image via Berita Harian

Seorang warga emas yang memandu Perodua Axia berwarna putih dalam keadaan melawan arus dari arah Pantai Dalam menuju ke Subang, di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) telah viral sejak pagi tadi di media sosial

Kejadian itu yang dikatakan telah berlaku pada petang semalam kira-kira jam 4:30 berjaya dirakam oleh segelintir pengguna jalan raya sebelum rakaman itu viral sejak pagi tadi.

Video yang berdurasi 2 minit 42 saat itu telah menunjukkan kereta yang dipandu lelaki itu telah melawan arus sejauh kira-kira 2 kilometer.

Tindakkan pemandu tersebut membuatkan pemandu lorong di belah kanan terpaksa menukar ke laluan tengah untuk mengelak dirempuh. Lalu lintas ketika itu menjadi lebih sesak

Dalam masa yang sama, Peronda NPE turut bergegas untuk mengejar kenderaan berkenaan menggunakan motosikal serta mengarah pemandu itu supaya berhenti namun gagal.

Ada juga penunggang motosikal yang cuba membantu ketika itu dan beberapa pengguna jalan raya yang lain cuba untuk membunyikan hon bagi menyedarkan pemandu tersebut yang dipercayai tidak sedar akan tindakannya.

Cubaan untuk lari dengan memandu dengan laju selepas ternampak sebuah motosikal polis trafik yang sedang mengejarnya dari belakang

Menyedari kehadiran anggota polis trafik, lelaki berkenaan dipercayai telah panik dan terus membuat pusingan U untuk cubaan melarikan diri dan akhirnya berhenti di lorong kedua (tengah).

‎Jurucakap Pengurusan Konsesi NPE berkata, tujuan pemandu melakukan tindakan itu adalah untuk bunuh diri.

‎"Pihak kami berjaya menghalang pemandu berkenaan dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan."

Namun, pihak polis trafik masih mengambil keterangan daripada pegawai peronda NPE berhubung kejadian yang berlaku.

"Mahu bunuh diri" - Itu jawapan diberikan oleh warga emas yang berusia 68 tahun itu yang dikatakan nyanyuk dan telah melakukan perbuatan tersebut tanpa disedari

Ketua polis daerah Petaling Jaya berkata sewaktu ditahan lelaki itu berada dalam  keadaan nyanyuk selain membuang air besar di dalam kereta ketika itu.

“Semasa ditahan dan ditanya dia menyatakan mahu membunuh diri,” kata ACP Mohd Zani Che Din. Pihak berkuasa juga menyatakan tiada aduan polis dibuat setakat ini.

Lihat video penuh di bawah:

Posted by KennyBoy Low on Thursday, January 18, 2018

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hati-hati bila memandu! Jangan membahayakan orang lain

Inginkan tips berguna untuk saving minyak bila travel? BACA SINI:

You may be interested in: