seismik

Letak Beg Atas Kerusi Dalam MRT, Aksi 2 Orang Aunty Bertikam Lidah Jadi Perhatian

Alamak, apa kes ini.

Cover image via @dinalee132 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menaiki pengangkutan awam sememangnya dapat menjimatkan masa kita daripada kesesakan lalu lintas

Malah, tambang juga lebih murah jika nak dibandingkan dengan memandu kereta sendiri betul tak? Disebabkan itu, ramai yang memilih untuk menaiki pengangkutan untuk ke tempat kerja dan sebagainya.

Sebagai pengguna, kita haruslah menjaga fasiliti ini dan peka dengan keadaan sekeliling. Jangan pentingkan diri sendiri saja.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan dua orang wanita bertikam lidah kerana salah seorangnya meletakkan beg di atas tempat duduk.

Menerusi video tersebut, kelihatan situasi itu berlaku ketika mereka berada di dalam sebuah pengangkutan awam di negara jiran Singapura.

Difahamkan, punca berlaku pergaduhan tersebut kerana wanita Cina berkenaan menegur wanita berbangsa India itu supaya mengalihkan begnya daripada tempat duduk.

Namun, dia enggan mengalihkannya dan berlaku pertengkaran di situ.

"Kerusi tu untuk semua, bukan aunty seorang je nak duduk" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan kmen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 15.1K likes dan 1,874 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Alamak, kenapa sampai nak kena gaduh pula ni :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: