Luahan Sayu Anak Perempuan Zahid Hamidi Yang Menyentuh Perasaan
Bukan senang nak jadi anak kepada seorang ahli politik yang berpengaruh.
Tarikh 28 Julai 2015 merupakan satu detik bersejarah bagi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan Kabinet dengan menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dan tempatnya digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Muhyiddin mula menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 9 April 2009.
Ahmad Zahid menyifatkan pelantikannya sebagai TPM bukan satu habuan, sebaliknya satu tanggungjawab untuk negara dan seluruh bangsa di Malaysia
"Pemikulan tanggungjawab ini tidak dapat saya elakkan, ia mengulangi sejarah lama apabila Najib yang dilantik sebagai menteri belia dan sukan melantik saya sebagai setiausaha politik."
"Kemudian saya mengikut Najib sebagai setiausaha politik apabila beliau dilantik sehingga menjadi menteri pertahanan," katanya kepada pemberita selepas pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra semalam.
Ahmad Zahid yang masih mengekalkan portfolio menteri dalam negeri berkata: "Saya tak pernah menjangkakan dan membayangkan (pelantikan sebagai timbalan perdana menteri) tetapi Allah Taala yang menentukannya. Saya terima ini sebagai Qada dan Qadar."
Respon daripada majoriti rakyat Malaysia bagaimanapun tidak enak untuk dibaca. Kebanyakannya hanya berbaur kutukan, makian, carutan, dan macam-macam lagi.
Dalam pada orang ramai melontarkan rasa tidak puas hati mereka, anak perempuan kepada Ahmad Zahid, Nurul melalui Instagram memuat naik sekeping gambar beserta caption yang amat menyentuh hati mengenai bapanya
Hari ini, Nurul sekali lagi menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap bapanya dengan memuat naik satu gambar mereka berdua sambil menyampaikan satu ucapan ringkas yang syahdu
Seperti yang dijangka, kali ini Nurul pula yang menerima pelbagai cemuhan dari keyboard warriors yang berlegar-legar di Facebook
Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di atas perlantikan ini. Semoga segala tugas dapat dijalankan dengan penuh telus dan amanah, demi negara Malaysia tercinta.