‘Mak Legend COD’ Dipuji Netizen, Siap Asing Duit Dalam Plastik Demi Mudahkan Kurier
Terbaiklah mak cik!
Cover image via @cilah_aziz (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sikap prihatin dan teratur seorang warga emas yang gemar membeli-belah secara bayaran tunai semasa serahan (COD) mencuri perhatian ramai apabila menyediakan wang bayaran lebih awal di dalam plastik kecil lengkap dengan nota harga
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Threads, gadis tersebut memuji sikap ibunya yang sentiasa memastikan urusan pembayaran berjalan lancar tanpa menyusahkan penghantar barang atau ahli keluarga.
"Mak saya selalu order (pesan) COD, tapi dia tak menyusahkan abang kurier, tak menyusahkan orang dalam rumah. Sangat cemerlang ya," tulisnya.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, beberapa keping wang kertas bernilai RM10 dan RM20 dilipat kemas sebelum dimasukkan ke dalam plastik lutsinar kecil.
Setiap plastik turut dilekatkan nota yang menyatakan jumlah bayaran bagi setiap pesanan, sekali gus memudahkan sesiapa sahaja di rumah menyerahkan wang tersebut kepada kurier sekiranya warga emas itu tiada ketika penghantaran dibuat.

Perkongsian berkenaan segera meraih perhatian warga maya yang menyifatkan tindakan itu sebagai contoh sikap bertanggungjawab, berdisiplin dan penuh pertimbangan terhadap kesukaran yang dihadapi penghantar barang
Rata-rata netizen memuji inisiatif tersebut kerana bukan sahaja mempercepatkan proses penghantaran, malah membantu kurier yang kebiasaannya perlu mengejar masa untuk menghantar banyak bungkusan dalam sehari.
Ada juga yang menganggap amalan menyediakan wang bayaran lebih awal itu sebagai budaya baik yang wajar dicontohi kerana memudahkan urusan semua pihak dan mengelakkan kelewatan semasa proses serahan COD.
Lihat perkongsian di bawah:



Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


