Malaysia Kini Dilanda Banjir Teruk, Ini Langkah Yang Anda Perlu Lakukan Jika Anak Lemas
Hati-hati semua!
Malaysia telah beberapa kali digemparkan dengan bencana banjir
Sudah tentu ramai yang sudah membuat persediaan awal untuk menghadapinya, namun siapalah kita mahu menentukan takdir.
Ia kadangkala datang tanpa tidak dijangka. Banjir juga telah menyebabkan beberapa kematian yang menyayat hati. Banyak berita sedih yang kita boleh lihat.
Hal ini sangat membahayakan terutama sekali bagi golongan tua dan kanak-kanak kecil. Jadi apakah cara jika anak anda lemas? Ini perkara yang dikongsikan oleh Dr Samhan di Twitternya.
1. Baringkan anak di atas permukaan keras. Minta seseorang segera memanggil 999 bagi bantuan ambulans
2. Jika anak tidak bernafas, satukan kedua-dua tangan dengan meletakkan satu tangan di atas tangan yang satu lagi, lalu letakkan di tengah-tengah tulang dada
4. Pastikan tekanan dibuat dengan kadar tidak kurang dari 100 kali seminit (Jika 1 tekanan bagi 1 saat ini bererti 60 kali seminit. Jadi pastikan lebih laju dari itu)
Jika tidak terlatih untuk membuat CPR yang melibatkan pemberian pernafasan pada kadar 30 tekanan dan 2 pernafasan, adalah memadai meneruskan tekanan tanpa pernafasan. Ini masih berkesan kerana oksigen masih akan masuk apabila tekanan dada diangkat dan paru-paru mengembang (recoil) semula semasa tekanan diberi berulangkali.
5. Teruskan membuat tekanan dada hingga pesakit bernafas semula atau ambulans tiba
6. Gilirkan dengan orang lain setiap 2 minit supaya tidak keletihan membuat tekanan dada
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!