“Malu Apa Bossku” Makin Menjadi-Jadi, Kini Lebarkan Sayap Ke Korea Selatan & Arab Saudi
Malu apa bossku?
Frasa "Malu Apa Bossku" yang cukup popular dalam kalangan anak muda kini telah melebarkan sayapnya ke negara Korea Selatan
Satu perkongsian oleh pengguna Twitter @WanMohdFirdaus8 telah tular dan mendapat perkongsian sebanyak lebih dari 8 ribu serta jumlah likes sebanyak 6 ribu.
Rakaman video itu menunjukkan sekumpulan pelajar di Korea menyebut frasa tersebut di dalam kelas.
Ekoran perkara ini rata-rata netizen meluahkan pendapat masing-masing. Ada yang merasakan ianya kelakar, ada yang terkejut, bahkan ada juga yang inginkan ianya dihentikan.
Bukan sahaja tersebar di Korea Selatan, malahan ada juga yang berkongsikan video seorang warga Arab menyebut frasa yang sama!
Frasa "Malu Apa Bossku” mula menjadi sebutan yang popular selepas video pendek yang tular di laman sosial menampilkan seorang pemuda merakam video bersama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
Pemuda tersebut kedengaran menyebut 'bossku' dan disambut oleh DS Najib dengan menyebut, 'Malu apa bossku'.
Susulan daripada itu, 'Malu apa bossku' kemudiannya ditulis pada sebuah poster dengan gambar Ahli Parlimen Pekan, Pahang itu menunggang sebuah motosikal yang kini juga tular di media sosial, yang juga telah dikongsikan oleh beliau di laman Facebook rasminya.
Beberapa perkongsian di laman Twitter mendapati bahawa perkataan 'bossku' didakwa berasal dari Sabah
Bukan itu sahaja, melalui sebuah laman Yoodo Community turut mendakwa perkataan 'bossku' merupakan perkataan yang berasal dari negeri Di Bawah Bayu itu.