seismik

Me'nate Steak Hub Sumbang RM300,000 Menerusi Kempen 'Makan Sambil Menderma' Untuk Palestin

Difahamkan, kempen itu berlangsung selama 15 hari dari 6 November hingga 20 November yang lalu.

Cover image via Me'nate Steak Hub (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebanyak RM300,000 berjaya dikumpul Restoran Me'nate Steak Hub untuk disumbangkan kepada tabung kemanusiaan Palestin menerusi kempen 'Dine and Donate' yang dianjurkan bermula 6 hingga 20 November lalu

Menurut Pengarah Urusan Palace Butcher Resources Sdn Bhd, Syed Ashraf Syed Ali, ia kali pertama restoran itu menganjurkan kempen kebajikan dan menganggap kejayaan mengumpul sasaran dalam tempoh singkat ini adalah hasil sokongan padu pelanggannya.

Tambahnya lagi, kejayaan itu juga tidak akan dicapai jika perkhidmatan terbaik tidak diberikan kepada pelanggan yang tidak jemu menikmati hidangan di sini.

"Dalam tempoh kempen berlangsung, sebanyak 10 peratus daripada perbelanjaan pelanggan akan disumbangkan kepada tabung kemanusiaan Palestin dan alhamdulillah, sasaran itu berjaya dicapai dalam tempoh singkat.

"Pelanggan Me'nate sangat cakna dengan apa yang berlaku di Palestin dan saya yakin ini juga peluang mereka untuk turut sama membantu saudara kita di sana. Kita bercadang melakukan lebih banyak kempen kemanusiaan pada masa depan," katanya.

Sebanyak RM150,000 diserahkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima yang diwakili Pengarah Jualan Media Prima Omnia, Sharifah Omar.

Image via Me'nate Steak Hub (Facebook)

Sebanyak RM150,000 diserahkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima dan RM150,000 lagi kepada Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia

Kutipan bernilai RM300,000 itu diserahkan masing-masing RM150,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima yang diwakili Pengarah Jualan Media Prima Omnia, Sharifah Omar dan Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia yang diwakili Presidennya, Syed Sheikh Al-Attas Syed Hassan.

Syed Ashraf berkata, kerjasama bersama dua organisasi ini disifatkan tepat kerana ia sebagai cara menyampaikan tanda solidariti terhadap perjuangan penduduk Palestin.

"Me'nate akan kekal sensitif dengan isu seumpama ini dalam memastikan rangkaian perniagaan ini lebih dekat dengan masyarakat.

"Walaupun kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami, tetapi melalui isu ini kami juga ingin mengambil peluang mendidik masyarakat terhadap kepentingan kempen kemanusiaan ini," katanya.

Sebanyak RM150,000 lagi diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia yang diwakili Presidennya, Syed Sheikh Al-Attas Syed Hassan.

Image via Me'nate Steak Hub (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: