seismik

Bermula Sebagai Hobi, Rekaan Terbaru Lemang Periuk Kera 4 Beradik Ini Jadi Bualan

Nampak sedap je, yum!

Cover image via says.com

Siapa di sini yang gemar makan lemang? Lemang selalunya dihidangkan pada waktu raya, tapi pernahkah anda dengar lemang periuk kera?

Image via MohdZarin

Bermula sebagai hobi di waktu lapang, siapa sangka ia kini membuahkan hasil yang memberansangkan kepada empat orang beradik yang memulakan perniagaan menjual lemang periuk kera sejak tahun lalu.

Perniagaan ini dinamakan sebagai Lemang Periuk Kera 4 Beradik dan menurut Mimi, salah seorang daripada mereka memberitahu nama itu diambil kerana perniagaan itu diusahakan oleh dia dan tiga lagi adik-beradiknya yang lain.

"Kami menamakan perniagaan kami sedemikian kerana perniagaan ini diusahakan oleh saya dan tiga orang kakak saya, Hasiah, 54, di Cameron Highlands; Azizah, 48, di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur dan Azimah, 46, di Kajang, Selangor," jelasnya.

Asalnya, idea hidangan ini datang dari adiknya Azimah yang menghidangkan lemang periuk kera ini sewaktu Hari Raya Aidilfitri tahun lalu. Ia kemudiannya menjadi menu wajib bagi keluarga mereka meskipun bukan sewaktu musim perayaan.

Kebiasaannya, lemang dihidangkan di dalam buluh dan dibakar. Namun, berlainan pula dengan lemang periuk kera ini yang menggunakan teknik mengukus.

Image via HarianMetro

Mengenai proses penyediaannya, Mimi memberitahu tumbuhan itu diambil melalui pembekal di Pahang. Mimi berkata setelah periuk kera itu diperoleh, tumbuhan itu akan dibersihkan sebelum disimpan di dalam bekas. Ketika mereka ingin menggunanya, beras pulut yang direndam dan dicampur santan akan dimasukkan dengan berhati-hati. Garam dan gula juga akan dimasukkan sebelum daun itu dikukus selama 25 minit.

“Selepas masak, lemang ini akan dibiarkan sejuk sebelum dibungkus mengikut pesanan pelanggan dan dijual mengikut pakej bersama rendang ayam ataupun daging."

“Selain dihantar menggunakan khidmat penghantaran sehingga ke Parit Buntar, Pulau Pinang dan Per­lis, saya juga menjual kepada pe­langgan yang membuat tempahan di sekitar Kulim,” katanya.

Menurutnya lagi, dia menjalankan perusahaan ini sebagai kerja sambilan ketika hari cuti namun sambutan yang diterima amat menggalakkan sepanjang minggu

Image via HarianMetro

"Saya juga menerima tempahan sekitar Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail, Bandar Utama dan Puncak Alam. Selain lemang, nasi lemak periuk kera turut dijual,” katanya.

Mengenai masa depan, Azizah berkata dia dan adik beradiknya berhasrat menambah beberapa cawangan selain mahu menghasilkan produk sejuk beku.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang kami akan mengeluarkan produk sejuk beku lemang periuk kera untuk Aidilfitri nanti,” katanya lagi.

Nampak mengancam betul, boleh lah raya tahun ini kita cuba lemang periuk kera pula!

Image via GIPHY

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Lemang Periuk Kera 4 Beradik ini di Facebook, Kuntum Aisya Mahmud.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Selain daripada lemang yang diperbaharui, kini nasi lemak juga dihidangkan dengan cara yang baru. Nak tahu? Klik di sini:

You may be interested in: