Tak Tahu Nak Makan Apa Di IKEA? Gadis Ini Senaraikan Menu Yang Anda Patut WAJIB Order!
Tunggu apa lagi? Jom ke IKEA sekarang.
Umum sedia maklum, IKEA merupakan salah satu tempat membeli perabot dan kelengkapan rumah kegemaran ramai rakyat Malaysia
Usai membeli-belah di gedung mereka, rata-rata yang datang ke IKEA ini, pasti akan singgah makan di restorannya. Begitupun, ramai sebenarnya yang masih tidak tahu mahu makan apa di restoran IKEA.
Terbaru, seorang pengguna laman sosial Twitter @ctjamil92 telah berkongsikan menu yang anda boleh cuba jika berkunjung ke IKEA. Dia juga turut memberi tips dan senaraikan pilihan makanan yang ada untuk dipesan.
Menurut Siti, ada menu yang boleh diambil sendiri, ada juga makanan yang 'dilayan' oleh pekerja mereka
Tambahnya lagi, kalau jenis yang makan banyak macam sepertinya perlu ambil troli dan beratur. Kemudian, ambil dulang dan cawan.
Tips: Harga air mengikut berapa banyak gelas/cawan yang diambil dan boleh 'refill' banyak kali
Berikut di bawah adalah senarai menu makanan yang boleh dipesan di restoran IKEA:
2. Ayam Peri-Peri
Kuah dia rasa macam sos nandos sedikit. Nama pun ayam peri kan.
3. Meatball
Dimakan bersama kentang lenyek dan jem. Gabungan rasa yang sedap. Recommended!
6. Mushroom soup & garlic bread
Sup sedap tapi roti agak kurang sedikit tetapi tak salah untuk mencuba.
7. Kepak Ayam (Honey Garlic)
Dah datang IKEA mestilah kena cuba kepak ayam dia.
8. Air minuman
Bagi Siti, air yang boleh refill ni ambil yang warna ini sebab air dia sedap.
Wow! Ada juga makanan yang admin belum pernah cuba lagi. Lepas ini kena 'pakat' mai serbu ni :p