Mesej Minta Maaf Sebab Terlanggar, Wanita Tak Sangka Lelaki Ini Terus Masuk Meminang
Cute.
Jodoh sememangnya perkara yang kita tidak dapat sangka kan
Kita sendiri tidak tahu siapakah jodoh sebenar kita walaupun kita mungkin telah bersama dengan seseorang itu bertahun-tahun lamanya. Namun, jika ditakdirkan dia bukan jodoh kita maka dia bukanlah orangnya.
Baru-baru ini, tular sebuah ciapan di Twitter apabila seorang wanita berkongsi detik perkenalan antara dia dan si suami tanpa di duga telah mencuri perhatian ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Terus mesej minta maaf selepas terlanggar masa naik skuter beam
Menerusi ciapan tersebut, wanita yang dikenali sebagai Najwa itu berkongsi screenshot mesej antara dia dan suaminya.
“Ingatkan lepas kena langgar dia nak minta maaf saja, rupanya dia hantar rombongan meminang sekali,” tulisnya.
Difahamkan, suaminya itu terlanggarnya semasa mereka sedang bermain skuter elektrik. Mereka kemudian berkenalan secara tidak sengaja kerana lelaki itu mahu meminta maaf dan mengajaknya keluar minum.
"Sabar jap nak cari siapa sudi langgar kita" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah meraih 9,197 retweets, 4,801 quotes tweets dan 26.5K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!