seismik

[MESTI BACA] Fakta-Fakta Penting Dan 5 Sebab Projek Datum Jelatek Ditentang Orang Melayu

Sekumpulan penduduk yang berdemonstrasi bertindak ganas dengan menceroboh tapak projek kontroversi Datum Jelatek di Taman Keramat pada 25 Januari 2015.

Cover image via themalaysianinsider.com
28 Jan — 01:02 PM

[TERKINI] Projek Kondominium Mewah Datum Jelatek Tetap Diteruskan

Ketua Pegawai Operasi (COO) DatumCorp, Shytul Shahryn Mohamad Shaari mengatakan projek tersebut akan diteruskan kerana memberi manfaat kepada orang ramai walaupun bakal berdepan dengan lebih banyak bantahan.

"Gangguan itu biasa, tetapi seperti mana kenyataan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebelum ini, kita akan meneruskan kerja ini juga sebab kita dapati projek ini memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

themalaysianinsider.com
28 Jan — 01:01 PM

Difahamkan, Dakwaan Projek Ini Bakal Menjadi Sebuah "Daerah Cina" Adalah Tidak Benar, Malah Belum Ada Satu Lot Kondominium Pun Yang Terjual Kepada Mana-Mana Individu

Ketua Pegawai Operasi (COO) DatumCorp, Shytul Shahryn Mohamad Shaari.

Image via bm.selangorku.com

Bantahan terbaru Ahad lalu apabila sekumpulan 100 orang bertindak ganas merosakkan zink pengadang dan menceroboh tapak pembinaan. Kumpulan itu mendakwa projek tersebut akan membawa masuk kaum Cina dan warga asing ke kawasan penempatan yang majoritinya penduduk Melayu.

Shytul sekali lagi menangkis tuduhan Datum Jelatek akan menjadikan kawasan tersebut “Daerah Cina”, malah sehingga kini belum ada satu lot kondominium yang terjual kepada mana-mana individu.

"Isu mengatakan orang Melayu dipinggirkan langsung tidak berbangkit, berita yang dikeluarkan adalah berita palsu seperti penjualan 2 blok semua itu kepada pihak asing tidak berlaku, memang penjualan dibuat sendiri oleh DatumCorp. Kita belum jual satu unit kepada sesiapa pun, belum ada satu sen kita kutip daripada sesiapa pun. Kita hanya ada senarai bakal pembeli sahaja," jelas Shytul.

themalaysianinsider.com
28 Jan — 01:01 PM

Mengulas Mengenai Kejadian Baru-Baru Ini, Beliau Menjelaskan Pihak Pemaju Sudah Bertemu Dengan Penduduk Sekitar Kawasan Tersebut Dan Mendakwa Majoriti Memberikan Reaksi Positif Dengan Projek Itu

"Saya boleh jamin, penduduk Keramat dalam bantahan baru-baru ini tidak terlibat langsung kerana kita sudah berjumpa mereka secara berperingkat. Kita sudah bertemu hampir 100 penduduk di situ, mereka amat bersetuju dan kebanyakan mereka pun berminat untuk beli dengan kita," katanya.

Mengenai isu harga yang mungkin terlalu mahal, Shytul berkata faktor lokasi dan kemudahan perlu diambil kira dalam menentukan sesebuah harga hartanah.

"Kalau jual dengan harga itu di Rawang memang mahal, tetapi kalau ia dijual dalam kawasan Kuala Lumpur di mana Bumiputera pun dapat 10% diskaun dan dengan keadaan pembangunan bersambung dengan LRT dan ada pusat beli belah di bawah, bagi kita ia harga yang amat berpatutan," katanya lagi.

themalaysianinsider.com
26 Jan — 04:57 PM

Kerana Bimbang Kepentingan Melayu Terjejas, Penduduk Sekitar Keramat Sudah Beberapa Kali Adakan Himpunan Membantah Projek Mega Datum Jelatek Yang Diluluskan Oleh Kerajaan Pakatan Selangor Sejak 2008

Projek Datum Jelatek dibantah enduduk bersama beberapa NGO.

Image via youtube.com

23 Februari 2013: Kerajaan Negeri Selangor didesak membatalkan projek pembangunan hartanah mewah, Datum Jelatek di Keramat dalam tempoh seminggu sebelum demonstrasi lebih besar akan dibuat.

Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ), Salleh Samad, berkata, dalam masa sama, pihaknya akan meneruskan rancangan untuk menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, PKNS, MPAJ dan Azmin Ali selaku bekas pengerusi PKNS ketika rancangan pembangunan Datum Jelatek, serta Sultan Selangor.

sinarharian.com.my

Projek Datum Jelatek dibantah enduduk bersama beberapa NGO.

Image via bantahdatumjelatek.wordpress.com

2 Julai 2013: Kira-kira 15 pemuda badan bukan kerajaan (NGO) Badan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ) mengadakan demonstrasi aman membantah pembinaan projek kondominium mewah Datum Jelatek, Taman Keramat di Kuala Lumpur.

Diketuai Pengerusi BBDJ, Salleh Samad dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Datuk Ismail Kijo, kumpulan pemuda terbabit mula berkumpul dihadapan pagar utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAS) kira-kira 12.00 tengahari sambil memegang beberapa kain rentang.

Antaranya "Datum Jelatek Taman Keramat adalah misi untuk memecahbelahkan orang Melayu di bandar oleh Pakatan Rakyat", "Kami tak mahu kawasan Melayu Taman Keramat dibina", serta "Chinese Mainstream District".

freemalaysiatoday.com
26 Jan — 04:08 PM

Menurut Mereka, Projek Itu Perlu Dibatalkan Kerana Tidak Mengikut Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 1972), Dan Perlu Digantikan Dengan Projek Pembangunan Rumah Mampu Milik Bagi Penduduk Melayu

Pengerusi Gabungan Bertindak Datum Jelatek (GBDJ), Salleh Samad (tengah).

Image via antarapos.com

Mereka turut mendesak agar Kawasan di Taman Keramat ini perlu dikekalkan 100 peratus kawasan orang Melayu bagi mengimbangkan penduduk di bandar selain pembangunan yang akan dilaksanakan akan datang mestilah mempunyai sekurang-kurangnya tiga bilik.

Salleh Samad berkata, nilai hartanah yang dibina di kawasan berkenaan dijual bermula pada RM700,000 hingga RM11.6 juta dan semestinya tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu.

“Ini tidak masuk akal. Orang Melayu memang tidak mampu beli rumah dengan harga seperti ini. Kita tahu kerajaan negeri telah jual rumah di Datum Jelatek kepada warga asing sedangkan majoriti penduduk di sini orang Melayu. Ini tidak adil, kita tuntut Menteri beri penjelasan,” katanya.

freemalaysiatoday.com
26 Jan — 04:57 PM

Terbaru Semalam, Sekumpulan Penduduk Keramat Berhimpun Mengadakan Bantahan Bagi Mendesak Projek Pembangunan Datum Jelatek Dihentikan

Kira-kira 100 penduduk Melayu Taman Keramat turun padang memprotes pembinaan Datum Jelatek.

Image via negarakita.com

Sekumpulan penduduk yang berdemonstrasi bertindak ganas dengan menceroboh tapak projek kontroversi Datum Jelatek di Taman Keramat, Selangor kerana membantah pembangunan kondominium mewah tersebut.

Kira-kira 100 penduduk sekitar berarak ke tapak projek dan bertindak memecahkan tembok zink, manakala sesetengah mereka meluru masuk ke dalam tapak projek. Kumpulan tersebut sebelum itu berarak dengan aman tetapi kemudian bertukar menjadi agresif.

Salleh Samad berkata perhimpunan ini bertujuan memberikan kata dua kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya menghentikan projek yang dikatakan akan memberi peluang kepada orang luar masuk ke kawasan yang majoritinya penduduk Melayu.

"Bila jadi MB (menteri besar), dia sudah masyuk. Saya cabar dia turun bertemu, tapi tidak hadir. Kalau dia hadir saya akan humban dia ke dalam longkang. Saya cabar beliau supaya hentikan projek ini," katanya.

themalaysianinsider.com

Peserta protes menceroboh tapak Datum Jelatek.

Image via themalaysianinsider.com
26 Jan — 04:57 PM

Untuk Makluman, Datum Jelatek Merupakan Sebuah Projek Pembangunan Kondominium 45 Tingkat Yang Merangkumi Rumah Mewah, Hotel, Pejabat Dan Pusat Beli Belah. Ia Dibangunkan Oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Image via propwall.my

Lakaran Datum Jelatek.

Image via ippstatic.com

Lakaran Datum Jelatek.

Image via ippstatic.com
26 Jan — 04:57 PM

Berikut Adalah LIMA Perjuangan Penduduk Melayu Di Kawasan Taman Keramat:

Salah satu kain rentang yang dibawa semasa protes.

Image via negarakita.com

JANGAN USIK TEMPAT KAMI

Kesan projek Datum Jelatek kepada penduduk dan bangsa Melayu:

1. Dua dari empat blok (A & C) bangunan pangsapuri ini telah dibeli oleh pelabur asing secara pukal (en-block). Penjualan tersebut dibuat di negara jiran – bukan di Malaysia. Ini bermakna 50% akan diduduki oleh warga asing.

Mengapakah warga asing dibenarkan memiliki kediaman di kawasan 100% Melayu?

2. Baki dua blok lagi dibuka kepada penduduk di Malaysia, 50% diperuntukkan kepada bumiputera dan 50% lagi kepada bukan bumiputera.

Bukankah kawasan Taman Keramat ini kawasan eksklusif untuk bangsa Melayu?

3. Satu unit berharga dari RM700,000 kepada RM11.5 juta. Jelas sekali tidak ramai Melayu yang mampu memilikinya.

Adakah ini strategi untuk mensisihkan bangsa Melayu dari kawasan Melayu?

4. Kuota lot bumiputera yang ditetapkan adalah yang termurah, paling kecil dan lokasi paling tidak strategik.

Apakah ini bukan satu penghinaan untuk memperlekehkan kemampuan orang Melayu?

5. Keluasan pembinaan pangsapuri ini melebihi kawasan yang ada sekarang dan berkemungkinan beberapa unit rumah berdekatan terpaksa dirobohkan. Jalan Enggang terpaksa dilebarkan kepada empat lorong sebagai salah satu syarat kelulusan projek Datum Jelatek.

Bukankah lebih ramai orang Melayu terpaksa disishkan? Adakah pampasannya setimpal?

Apakah tanggungjawab kita bersama?

Sanggupkah kita hanya melihat kawasan & maruah kita dicabuli sebegitu rupa???

wordpress.com

Sebahagian tembok zink yang musnah.

Image via themalaymailonline.com
26 Jan — 04:57 PM

Kenapa Taman Keramat Dikatakan Sebagai Kawasan Eksklusif Orang Melayu? Difahamkan, Kawasan Itu Telah Dibangunkan Oleh Menteri Besar Selangor Pada Tahun 1969, Datuk Harun Idris Untuk Mengimbangi Penduduk Cina Dengan Melayu Sebaik Insiden 13 Mei Tamat.

Salleh Samad menyerahkan memorandum dalam usaha memprotes projek pembangunan Datum Keramat.

Image via thestar.com.my

"Menurut kefahaman kami, Keramat telah dimulakan oleh Datuk Harun Idris selepas insiden 13 Mei untuk mengimbangi penduduk Cina di KL dengan penduduk Melayu," kata Salleh.

Harun Idris merupakan Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Besar Selangor pada tahun 1969. Rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur dikatakan tercetus selepas perhimpunan jalanan oleh Sosialis Front lalu di hadapan kediaman Menteri Besar di Kuala Lumpur di mana perhimpunan ahli-ahli belia UMNO sedang berlangsung.

Salleh, dalam perbualan telefon dengan Malay Mail Online memberi 13 Mei sebagai alasan untuk membenarkan bantahan tersebut. Beliau berkata penduduk takut dengan kebanjiran penduduk Cina ke kawasan itu mungkin akan memaksa orang Melayu untuk keluar, sambil mendakwa DAP merupakan dalang bagi rancangan ini. "Ini semua adalah agenda DAP," dakwanya.

Salleh menambah penduduk rumah pangsa kos rendah di kawasan itu sebelum ini berasa tertipu apabila mendapat tahu sebuah kondominium mewah akan dibina dan bukan perumahan yang mampu dimiliki.

freemalaysiatoday.com
26 Jan — 04:57 PM

Namun Begitu, Berdasarkan Sumber Yang Diperoleh, PKNS Telah Pun Membayar Pampasan Kepada Semua Bekas Pemilik Rumah Di Situ Sebelum Ini Berjumlah Sehingga RM500,000 Dan Majoritinya Setuju Dengan Cadangan Tersebut

Image via propwall.my
26 Jan — 04:57 PM

PKNS Turut Menambah, Kesemua 674 Unit Rumah Di Datum Jelatek Telah Didaftarkan Kepada Pembeli Bumiputera, Sekali Gus Menyangkal Dakwaan Orang Melayu Tidak Mampu Membeli Rumah Di Situ

Lakaran Datum Jelatek.

Image via ipropertytimes.my

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam satu kenyataan berkata seramai 1,097 pembeli bumiputera yang berpotensi telah menunjukkan minat mereka, melebihi jangkaan mereka dalam projek ini.

"Setakat 14 Januari 2015, projek ini telah menerima sokongan yang amat menggalakkan iaitu seramai 1,097 pembeli Bumiputera telah berdaftar dan ia telah melebihi 674 unit yang ada," kata Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah.

thestar.com.my
26 Jan — 03:50 PM

Dalam Masa Yang Sama, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali Mempersoal Sama Ada Peserta Protes Semalam Merupakan Penduduk Asal Taman Keramat Dengan Bertanya, "Mereka Itu Siapa? Anda Pasti Mereka Penduduk Tempatan?"

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Image via merdeka-online.com

"Selain Encik Salleh (Samad, Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek) siapa lagi yang hadir?" soal Azmin.

Azmin yang juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata, pihaknya sedia mengambil kira pandangan dan bantahan rakyat walaupun projek itu berjalan sejak tiga tahun lalu. Namun, beliau menafikan wujudnya unsur perkauman dalam projek tersebut seperti yang didakwa penduduk dan peserta demonstrasi.

"Kita membenarkan penduduk atau rakyat menghantar bantahan mereka terhadap mana-mana pembangunan dan kita akan teliti. PKNS akan keluarkan laporan terperinci bagi membuktikan sebaliknya. Yang penting, pembangunan itu mestilah tidak menjurus kepada perkauman," katanya.

Selepas ini, katanya satu perjumpaan 'town hall meeting' akan diadakan melibatkan penduduk terbabit dan agensi kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

themalaysianinsider.com
26 Jan — 04:57 PM

Sebagai Pembeli Rumah Di Malaysia, Berikut Adalah Empat Perkara Penting Tentang Bumiputera Yang Anda Perlu Tahu:

Lakaran Datum Jelatek.

Image via wordpress.com

1. Bumi Quota: Pemaju perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 30% daripada semua unit hartanah kepada Bumiputera.

2. Bumi Lot: Unit hartanah yang hanya boleh dibeli dan dimiliki oleh Bumiputera.

3. Bumi Discount: Bumiputera boleh membeli lot Bumi dengan diskaun sehingga 15% daripada harga asal.

4. Malay Reserve Lands (MRL): Tanah yang hanya boleh dimiliki dan dipegang oleh orang Melayu dan hampir mustahil untuk dilepaskan secara sah kepada bukan Melayu.

Jika benar tapak pembinaan Datum Jelatek merupakan MRL, maka setiap penduduk Melayu di Taman Keramat mempunyai hak untuk membantah projek tersebut. Jika tidak, kerajaan mempunyai kuasa untuk menentukan projek yang akan dibina mereka, malah memberikannya kepada golongan bukan Melayu.

Maklumat lanjut di sini.

26 Jan — 04:08 PM

JUGA DI SAYS: Tak Habis-Habis Isu Hutang 1MDB. Apa Yang Terjadi Sebenarnya?

You may be interested in: