Persoalan Bagaimana Cara Pekerja R&R Pergi Dan Pulang Dari Kerja Akhirnya Terjawab!
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri~
Boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan lebuhraya sebagai jalan utama dalam kehidupan mereka. Apatah lagi menjelang musim perayaan, lebuhraya yang mempunyai banyak lorong pun boleh jadi sesak akibat ramai berpusu-pusu pulang ke kampung halaman.
Tetapi pernah tak anda terfikir bagaimana agaknya pekerja-pekerja di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) pergi dan pulang dari bekerja. Jalan mana mereka lalu? Mereka masuk ikut jalan mana? Pulang pula ikut jalan mana? Atau mereka tinggal di sana? Atau... ahh memang banyak persoalan tak terungkai.
Mungkin mereka tidur di sana? Atau mungkin mereka 'potong jalan' ikut divider?
Cara paling possible mungkin mereka naik highway dan keluar exit paling dekat kemudian masuk balik tapi.. tapi.. tapi.. tak kan hari-hari buat macam tu? Jauh pulak.
Lebih misteri daripada kehilangan misteri pesawat di segi tiga bermuda?
Ada pula yang kata, sebenarnya di belakang R&R ada jalan kampung, ikut denai, lalu hutan dan tiada lampu. Hmmm...betul ke?
Kalau betul macam tu, bagaimana pula R&R yang dekat dengan kawasan hutan dan yang dikelilingi dengan pokok sawit seperti highway ke Pahang?
Jadi setelah membuat beberapa kajian dan temubual dengan beberapa individu yang pernah dan sedang bekerja di R&R, kami dapat merungkai misteri ini. Inilah jawapan mereka:
1. Naik motor ikut laluan melawan arus sehingga ke plaza tol
Cara yang pertama ialah memasuki plaza tol sewaktu pergi dan pulang bekerja. Bagaimanapun, sedikit bahaya kerana sewaktu pulang mereka akan menunggang motor berlawanan dengan arus sehingga ke plaza tol. Mereka akan keluar dan masuk semula ke highway atau mereka akan 'pancung' sahaja ke simpang jalan menuju arah pulang ke rumah (rujuk gambar di atas). Ya, memang bahaya tetapi begitulah caranya. Bagaimanapun, ini hanya untuk mereka yang bekerja di R&R yang jaraknya berdekatan dengan plaza tol. Bagaimana pula dengan mereka yang bekerja di R&R yang jauh dengan plaza tol?
2. Ada jalan belakang (secret passage)
Inilah jawapan sebenar kepada persoalan ramai. Sebenarnya setiap R&R mempunyai jalan belakang yang mana menghubungkan R&R dengan jalan kampung. Tapi keadaan jalan mungkin berbeza-beza mengikut tempat.
5. Sesetengah jalannya berturap dan sesetengah lagi hanya laluan tanah merah melalui kebun kelapa sawit
Menurut sumber, setiap kawasan R&R memang mempunyai jalan belakang yang memudahkan pekerjanya datang dan pulang bekerja. Ini termasuklah R&R yang berada di beberapa kawasan hutan seperti kebanyakan R&R di Pahang. Ya, memang ramai tak tahu.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!